loading...

Cara Cara Untuk Jaga Kalau Anak Demam, Ada 10 Cara ..

Image result for kids fever

Bila anak tidak sihat, risaunya hati ibu dan ayah. Pergi ke kerja pun tak senang duduk. Bagaimanapun demam ialah perkara biasa dalam proses tumbesaran seorang kanak-kanak. Penjagaan rapi dan belaian kasih sayang membantu si manja sembuh kembali.
Selain daripada rawatan pemberian ubat, anda juga boleh melakukan perkara asas berikut sekiranya si manja demam.

1.      Pastikan si manja sentiasa terhidrat dengan minum banyak air kosong atau susu.

2.      Jika anak kurang berselera, cuba berikan makanan yang berbentuk cecair seperti sup atau bubur yang mudah dihadam sedikit demi sedikit.

3.      Anda perlu memastikan mereka diberi ubat seperti yang dijadualkan.

4.      Antibiotik yang dibekalkan perlu dihabiskan.

5.      Minimumkan jumlah pakaian yang perlu dipakai dan elakkan memakai pakaian tebal seperti stoking atau selimut.

6.      Lapkan tubuh si kecil dengan kain basah jika suhu badannya meningkat dengan mendadak.

7.      Tindakan membasahkan kepala boleh membantu menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan si manja.

8.      Sentiasa memantau suhu badan si kecil yang demam. Suhu badan mereka akan lebih tinggi pada waktu petang dan malam.

9.      Sertakan bersama ubat secukupnya berserta nota yang tertulis dos ubat dan waktu pemberian yang seterusnya jika terpaksa meninggalkannya kepada penjaga.

10.    Bawa anak untuk mendapatkan rawatan sekiranya demam melebihi tiga hari.
Selain itu perhatian, belaian dan kasih sayang daripada ibu dan ayah juga membantu si manja cepat sembuh.

Image result for kids fever
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close