loading...

(Video) Pemandu Lari Selepas Hantar Mangsa Dilanggar Ke Klinik


PUCHONG - Seorang penunggang motosikal cedera parah di bahagian kaki akibat dilanggar pemandu Myvi, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 10.11 pagi tadi, mangsa yang dalam perjalanan kembali ke motosikalnya selepas membuat pembayaran di kaunter Petronas Maju Jaya, dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi. 

Menurut Nur Hazeyrah, rakannya yang cedera di bahagian kaki kemudian dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun pemandu Myvi itu terus melarikan diri. 


Posted by Nur Hazeyrah on Thursday, 8 December 2016
"Lelaki berbaju hijau itu adalah kawan saya. Dia dilanggar di Petronas Maju Jaya, Puchong. Orang yang langgar itu main telefon. 

"Kemudian dia hanya bawa rakan saya ke klinik dan lari," katanya. 

Justeru, Nur Hazeyrah meminta orang ramai menularkan video kejadian (CCTV) yang diperolehi dari stesen minyak berkenaan bagi mengesan pemandu kereta Myvi Putih WSG755.


"Kasihan dia. Saya mohon sangat tolonglah viralkan. Kalau keluarga kita kena, macam mana? Sekurang-kurangnya bertanggungjawablah. Tetapi lelaki ini lari," katanya.

Kredit - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close