Antara perkara yang paling tak sabar untuk diketahui oleh bakal papa dan mama adalah jantina anak dalam kandungan. Tak kiralah ia anak nombor ke berapa tetapi papa dan mama tetap teruja untuk tahu apa jantina bayi dalam kandungan.
Biasanya ibu hamil kena tunggu kandungan berusia 18-20 minggu untuk doktor membuat pemeriksaan ultrasound bagi mengesan jantina bayi. Tentu sahaja ia tempoh yang lama untuk ditunggu. Jadi, bagi yang kurang sabar apa kata guna kaedah berikut untuk meneka jantina bayi dalam kandungan. Bagaimanapun kaedah ini tidak tepat (kira-kira 50 peratus sahaja ketepatannya) tetapi yang penting ia selamat dan tidak menyalahi hukum agama Islam.
1. Morning sickness
Kalau anda jenis yang teruk kena serangan morning sickenss di awal kehamilan, maka peluang untuk mendapat anak perempuan lebih tinggi. Memang kebanyakan bakal ibu akan melalui fasa morning sickness tetapi, mereka yang mengalaminya terlalu teruk mungkin menjadi petunjuk boleh mula beli banyak barangan baby warna pink!
2. Bentuk perut ibu
Ia bergantung kepada bentuk dan saiz badan serta saiz dan aktiviti bayi dalam perut, tetapi biasanya jika bakal ibu mempunyai perut bersaiz tinggi, ia dikatakan hamil anak perempuan dan jika bentuk perut agak ke bawah, ia mungkin bayi lelaki.
3. Mengidam makanan
Mengidam dan ibu hamil sukar dipisahkan dan ia sukar dijangka. Tetapi orang tua cakap kalau bakal ibu suka kepada makanan manis, maksudnya nak dapat anak perempuan. Manakala yang asyik makan makanan masin pula berkemungkinan dapat anak lelaki.
4. Degup jantung
Ada sesetengah pendapat mengatakan degup jantung bayi boleh menjadi petunjuk jantinanya. Degup jantung bayi lebih 140 seminit (BPM) berkemungkinan seorang perempuan manakala kadar degupan perlahan bawah 140 BPM, mungkin seorang bayi lelaki.
5. Masalah kulit
Ada sesetengah ibu hamil mengalami masalah kulit seperti zaman remaja dahulu. Jerawat, kulit kusam, kering dan bermacam lagi jenis masalah tiba-tiba muncul semasa hamil. Tetapi orang tua-tua cakap kalau ibu hamil ada masalah kulit maksudnya dia mengandung anak perempuan.
Kaedah tersebut tidak semestinya tepat dan betul. Ia boleh dicuba dan mana tahu ada yang betul tetapi jangan percaya 100 peratus. Sebenarnya apa pun jantina bayi anda, terimalah dengan penuh kesyukuran kerana yang penting dia lahir sihat dan sempurna.
sumber: familyshare.com
from Kehamilan http://ift.tt/2hQMjnn via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment