loading...

Kalau Ada Tanda-tanda Ini, Maksudnya Anak Anda Sesuai Pergi Sekolah Tadika

 

Ada ibu ayah yang masih keliru nak hantar anak sekolah umur berapa? Tapi perlu ke anak-anak dihantar ke tadika pada usia yang awal? Jom bongkar dan gali jawapan yang tepat sebelum buat pilihan...

 

Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat lebih separuh daripada perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia 0 hingga 4 tahun manakala 1/3 yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak2 berusia 8 tahun.

 

Kalau diikutkan pada masa sekarang kanak-kanak semakin bijak dan mula terdedah dengan teknologi yang menyebabkan perkembangan minda mereka berlaku dengan cepat.

 

 

Umur 4, 5 Atau 6 Tahun?

Persoalan mengenai masa sesuai menghantar anak ke tadika iaitu pada usia 4 atau 5 tahun sebenarnya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menghantar mereka ke tadika.

 

Proses Pembelajaran Ikut Umur

Bagi usia 3-4 tahun, anak-anak perlu diberi penekanan daripada sudut sosial seperti teknik memegang pensel dan mengenal huruf.

 

Anak-anak pada usia 5 dan 6 tahun pula didedahkan pada persekitaran sebenar sama seperti sekolah rendah. Mereka diberi pemahaman yang jelas, sekolah adalah tempat belajar dan bukannya bermain.

 

 

Haaa... sebab itu dalam masa 3 jam di sekolah mereka diberi latihan serta tunjuk ajar menggunakan papan putih serta buku latihan bagi membiasakan diri mereka dengan buku teks dan latihan sebenar ketika darjah satu.

 

Pastikan waktu belajar tidak terlalu panjang, seeloknya 3 jam untuk pembelajaran saja kerana kanak-kanak mudah bosan dan akan mula bermain apabila waktu belajar terlalu panjang.

 

Pada usia 4 tahun naluri ingin tahu mereka terlalu tinggi. Namun ibu bapa jangan sesekali memaksa tetapi memberi mereka ruang untuk belajar. Apabila mereka meningkat usia 6 tahun, barulah mereka perlu tahu dan memahami apa yang diajar.

 

Anak Tak Bosan Ke Kalau Hantar Sekolah Awal?

Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap tadika menyediakan sistem pembelajaran berbeza mengikut peringkat umur. Jadi tidak timbul perasaan bosan malah mereka akan lebih matang dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh apabila di sekolah rendah.

 

Jawapan Anda Sendiri, Macam Mana?

Sebenarnya terpulang kepada ibu ayah untuk fikirkan mana yang terbaik untuk anak-anak. Tak apa, anda boleh survey dulu dan teruskan pembacaan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kesesuaian umur, seawal 3/4 tahun atau nak kena tunggu 6 tahun.

 

Sebagai ibu ayah, tak bolehlah nak serah bulat-bulat tugas mendidik anak kepada cikgu. Kenalah luangkan masa juga untuk pembelajaran anak-anak.

 

 

Tanda Anak Minat & Bersedia Ke Sekolah

1. Boleh bercakap dan meminta tolong kalau nak sesuatu.

2. Boleh beritahu keadaan selesa atau tidak.

3. Tak takut orang lain untuk berkawan.

4. Boleh mendengar arahan.

5. Bebas pampers.

6. Mampu beri perhatian dan minat dengar cerita.

7. Sudah pandai beritahu nak ke tandas.

 

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah membuat pilihan yang tepat. Selamat memulakan persekolahan anak-anak!
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2hOjMLW via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close