loading...

‘Lelaki Pokok’ Kembali Normal Selepas 16 Pembedahan

‘Lelaki Pokok’ Kembali Normal Selepas 16 Pembedahan

abull
Abul telah menjalani kira-kira 16 pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat lima kilogram pada kaki dan tangannya.

Kini warga Bangladesh ini bakal meneruskan kehidupan sebagai lelaki normal apabila pembedahannya berjaya.

Dia pernah digelar ‘lelaki pokok’ apabila penyakitnya mendapat perhatian doktor setahun lalu.

Abul yang berusia 27 tahun merupakan seorang daripada empat individu di dunia yang disahkan menghidap penyakit epidermodysplasia verruciformis, sejenis penyakit genetik.

Badannya pernah dipenuhi ketuat umpama kulit kayu dan tangannya seperti pokok.

Ini komen seorang penyelaras pembedahan Abul:

“Rawatan untuk menyembuhkan masalah ketumbuhan Abul adalah satu pencapaian luar biasa dalam sejarah perubatan.

“Kami melakukan pembedahan ke atasnya sekurang-kurangnya 16 kali untuk membuang ketuat itu,”

“Tangan dan kakinya kini berada dalam keadaan baik. Dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh 30 hari selepas menjalani beberapa pembedahan kecil lain untuk menyempurnakan bentuk tangannya,”

Beliau yakin Abul merupakan individu pertama menghidap penyakit itu yang berjaya dirawat apabila pasukan perubatan memberi jaminan bahawa ketuat tersebut tidak akan tumbuh semula.

Ini pula komen Abul:

“Saya tidak menyangka akan mampu memegang dan bermain bersama anak saya.

“Saya berasa lebih sihat dan tidak sabar untuk pulang ke rumah,”

Dia yang berasal dari sebuah perkampungan miskin di Daerah Khulna, selatan Bangladesh menjadi selebriti selepas ke­adaan kesihatannya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. – PENMERAHDOTCOM

The post ‘Lelaki Pokok’ Kembali Normal Selepas 16 Pembedahan appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2i1PwNP via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close