loading...

Mengapa barang makanan dan sabun terbakar menjadi hitam?

Saban tahun ada saja topik viral berkaitan sesetengah makanan kononnya didapati mengandungi plastik. Ini disimpulkan dari ‘eksperimen’ yang menunjukkan residu bahan makanan tersebut berwarna hitam.

Related image

Mengapa ini terjadi?

 

Bahan makanan atau bahan organik disekeliling kita sebenarnya berasaskan karbon. Kita manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang adalah berasaskan hidrokarbon (hidrogen dan karbon). Manusia contohnya, deselaputi otot daging yang terdiri dari protein dan lemak – kedua-duanya adalah berasaskan rantaian-rantaian karbon.

Image result for protein structure

Jika kita terbakar, kita juga akan menjadi residu hitam. Ini adalah kerana residu-residu karbon yang tertinggal selepas proses pembakaran. Api dalam proses pembakaran adalah sumber tenaga yang tinggi. Rantaian-rantaian hidrokarbon (dalam tubuh kita) akan terurai dan bergabung dengan oksigen dan hidrogen dari persekitaran untuk menghasilkan karbon dioksida, karbon monoksida dan air. Selepas pembakaran selesai, karbon residu yang tertinggal adalah bahan hitam yang kita biasa lihat.

Image result for burning process chemistry

Ini juga sesuatu yang kita lihat (dan dambakan) apabila membakar sate, ayam bakar atau daging bakar. Kesan bakaran hitam yang menyelerakan (ahhh lapar pula!).

Image result for sate

Bahan makanan seperti keropok dan biskut juga sama. Keduanya mengandungi kanji dan lemak. Molekul asas kanji contohnya adalah gula glukosa yang berbentuk cecincin hidrokarbon. Sudah pastilah apabila dibakar akan menghasilkan residu hitam karbon!

 

Siapa suka makan apam gula hangus? Kek sarang semut? Gula ‘hangus’ juga berwarna gelap bukan? Gula adalah terdiri dari fruktosa dan glukosa yang berasaskan karbon.

Image result for gula hangus

Bagaimana pula dengan sabun?

 

Sebenarnya, bahan asas sabun adalah garam asid lemak. Pembuatan paling asas sabun yang diajar disekolah dulu (siapa masih ingat?) adalah dengan mencampurkan bahan organik mengandungi lemak (trigliserida) dengan natrium hidroksida (bahan beralkali). Trigliserida adalah terdiri dari tiga molekul asid lemak (rantaian-rantaian hidrokarbon) dan gliserol. Tindakbalas penghasilan sabun dari trigliserida dan bahan alkali ini dipanggil saponifikasi.

Image result for saponification

 

Jadi sabun juga adalah sebenarnya berasaskan karbon. Maka tidak hairanlah ia juga terbakar menjadi arang!

 

Mengapa sabun yang dijual tidak bertukar hitam? Mungkin juga panjang waktu pembakaran tidak sama, mungkin juga sabun tersebut diperbuat dari bahan bukan organik… Cuba tanya penjual sendiri?

from Root of Science http://ift.tt/2iURQuq via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close