Pernah mendakwa serik menerima lelaki, namun kini Rita Rudaini lebih terbuka menerima lelaki dalam hidupnya. Jika telah ditentukan Tuhan, dirinya akan menerima jodoh dalam masa terdekat, biarlah jodoh itu hingga ke akhir hayat.
Bergelar seorang ibu tunggal serta perlu membesarkan dua anak lelaki dalam dunia serba moden dan pesat adalah cabaran yang besar buat selebriti ini. Perkembangan dan perubahan sikap anaknya juga agak berbeza berbanding dahulu. Sekiranya dahulu, dirinya mampu memberi arahan dan anak-anak hanya mengikut, kini situasi sebegitu tidak berlaku.
Kesukaran berkomunikasi dan sering berselisih faham menjadi perkara biasa di antaranya dengan anak-anak. Kadang-kadang dia dirundung rasa kecewa kerana tidak mampu memahami jiwa lelaki anak-anaknya yang kerap memberontak. Maklum sahajalah kala ini anak-anaknya sangat memerlukan perhatian seseorang lelaki yang bergelar bapa.
Namun, perkara ini tidak dibiarkan Rita begitu sahaja. Rita banyak berkongsi pendapat dengan saudara lelakinya agar dia lebih memahami kehendak dan keperluan dua puteranya. Anak sulung terutamanya membuatkan Rita perlu banyak bersabar kerana dirinya lebih sensitif. Pendekatan yang digunakan juga adalah berbeza antara kedua-dua anaknya.
Garang Bertempat
Rita Rudaini percaya, sebagai ibu dirinya perlu mengambil pendekatan bertegas dengan anak-anak. Demi membentuk peribadi, tingkah laku dan sahsiah mereka. Setiap kali anak-anak melakukan kesalahan, Rita akan memberikan hukuman. Dalam masa yang sama, menerangkan tindakannya itu.
“Saya memang jenis fleksibel, ada masa saya garang dan ada masa saya akan jadi kawan kepada Arjuna dan Rayyan. Saya tidak akan berkompromi jika mereka melakukan kesalahan. Selama ini garang saya bertempat.
“Saya tegur dan marah sebab sayangnya saya pada mereka. Jika mereka bersalah, sudah pasti saya tidak akan membiarkan. Bermanja pun ada batasnya. Jika inginkan sesuatu, saya akan tentukan dahulu, ia kehendak atau keperluan. Jika benar-benar penting, barulah saya berikan. Jika tidak, saya akan biarkan sahaja. Berjanji yang bukan-bukan, itu bukan cara saya.
Atas dasar itulah juga Rita menggalakkan anak-anaknya menghargai setiap pemberian. Dirinya mahu anak-anak tahu ‘bukan mudah mummy mendapatkannya’.
“Saya perlu berusaha keras untuk menyenangkan kehidupan mereka berdua,” tegas Rita.
Bagaimana pula hubungan rapatnya dengan Donna Muslim yang merupakan pengacara Hlive, Astro? Nak tahu cerita lebih menarik, dapatkan majalah Mingguan Wanita bilangan 1726 (16-22 Disember 2016) yang sudah ada di pasaran.
Blogger Comment
Facebook Comment