loading...

Tak ramai suami yang tergerak hati nak rakam gambar wajah isterinya



Wahai para lelaki, perasan tak bila kita membuka lembaran album gambar-gambar lama dari nenek moyang kita sendiri misalnya, kita akan perasan satu perkara. Betapa rajinnya si isteri merakam setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga. Sikit-sikit snap, sikit-sikit snap. 

Percayalah, tidak ramai suami yang tergerak hatinya ingin merakam gambar wajah isterinya. Ada segelintir suami itu, tak terlintas langsung untuk berbuat demikian. Saya sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa. 

Perasan tak, betapa rajinnya si isteri merakam detik-detik kehidupan yang telah kita bina selama ini? Sedangkan dia sendiri terlupa yang wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama. 

Satu hari nanti, apa yang paling kita kecewakan, album keluarga kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita yang berada di belakang kamera. 

Ambillah gambarnya, biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya. 

Wahai para suami, ada seorang wanita yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia. Dialah ibunda kepada anak-anak kita. Tetaplah terus menyimpan wajahnya itu. Biarlah rambut berserabut, tidak bersolek atau dengan t-shirt buruknya itu sebab itu semua tidak penting bagi anak-anak kita. 

Apa yang lebih bernilai, wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai, lebih berbaloi untuk ditatap, disimpan dan diawetkan ke dalam memori. 

Memori, mengajar kita tentang jerih-perih. Tentang doa dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan. 

Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat. 

Berbanggalah kerana mempunyai seorang isteri yang sering di belakang kamera keluargamu. 

Maka di situlah tugasmu, para suami. Rakamlah wajahnya, kegembiraan, kesengsaraan, ketabahan sebelum punyai anak atau selepasnya. Sebelum di hujung nafas yang entah bila kita dipisahkan-Nya. - Al Irfan Jani
from The Reporter http://ift.tt/2hUt0cK via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close