Wanita 78 Tahun Makan Pasir Untuk Kekal Sihat
Seorang wanita di India menjadi bualan ramai kerana tabiatnya memakan dua kilogram pasir setiap hari.
Perkara ini dilakukannya sejak enam dekad lalu sebagai diet untuk kekal sihat.
Kusma Vati yang berumur 78 tahun akan menguyah pasir dalam kuantiti yang banyak setiap hari.
Dia langsung tidak pernah menemui doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat mengenai dietnya.
Ini komennya:
“Saya telah menguyah pasir dan batu sejak 63 tahun lalu. Saya suka makan pasir dan ia tidak memberi kesan yang memudaratkan.
“Tiada sebarang kesakitan pada perut dan mulut termasuk gigi. Saya juga boleh makan batu yang keras tanpa sebarang masalah,” .
“Saya tidak berjumpa doktor kerana sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Pasir juga sama seperti mineral lain dan ia memberi saya tenaga untuk terus bekerja seharian.
Pernah beberapa kali cucu Kusma meminta neneknya menghentikan tabiat buruk itu, namun usaha mereka setakat ini ternyata gagal. -PENMERAHDOTCOM
The post Wanita Makan Pasir Untuk Kekal Sihat appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2iQSrg0 via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment