Selalu kita dengar orang kata anak bongsu paling manja, anak tengah pula nakal dan keras kepala tapi anak sulung pula jarang kita dengar mereka ni perangai macam-mana.
Tapi, kajian terbaru ini memang buatkan mereka yang bergelar anak sulung akan rasa bangga!
Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan oleh Sydney University, anak pertama atau anak sulung adalah lebih bijak daripada adik-beradik yang lain. Ia berdasarkan penilaian IQ yang dibuat sejak usia tahun.
Menurut kajian, anak sulung lebih banyak mendapat stimulasi mental daripada ibu sewaktu dalam kandungan atau selepas dilahirkan. Ibu juga lebih berhati-hari pada kemahilan pertama dan sangat menjaga pemakanan.
Kajian dari University of Essex pula mendapati, dalam sebuah keluarga, anak sulung kebarangkalian lebih 16 peratus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik.
Namun ia hanya berdasarkan kaji selidik sahaja, jangan ambil serius sangat okay!
Kredit: VanillaKismis
from HANASUVA http://ift.tt/2lN3AOj via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment