loading...

Katering Lupa Kenduri Kahwin, Pengantin Rugi RM9,000

Di Tikam Baru, Melaka, pasangan pengantin kecewa kerana tetamu terpaksa pulang dengan ‘perut kosong’ apabila tempahan makanan berjumlah RM9,000 sampai beberapa jam lewat Sabtu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, pengusaha makanan didakwa memberi alasan pihaknya terlupa menyediakan hidangan kerana menyangka majlis kenduri itu diadakan Ahad.

“Bila saya hubungi tuan katering, dia beritahu terlupa dan sangka majlis kenduri diadakan esok (13 Februari),” kata pengantin perempuan yang dikenali Ain.

Majlis bermula jam 11.30 pagi tetapi makanan hanya sampai jam 2 petang, sementara hidangan tambahan hanya tiba dua jam kemudian, sebelum majlis tamat jam 5 petang.

Ain juga berkata hanya lauk ayam dan daging dihantar untuk 1,400 orang tetamu, sementara acar timun, bubur kacang dan pencuci mulut dihantar jam 4 petang.

Tidak berpuas hati dan menuntut pengusaha katering membayar ganti rugi, pihak tuan rumah membuat aduan di balai polis Tikam Batu.

Sementara itu, pengusaha katering mengakui terlewat kerana pengantin sering menukar-nukar tarikh sehingga pihaknya tersilap.

“Saya akui kesilapan saya sebab hantar makanan lewat tetapi bukan kita tidak hantar makanan, semuanya sudah ada, semuanya sudah selesai,” katanya yang dikenali Syed.

SUMBER

from HANASUVA http://ift.tt/2le9pXs via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close