loading...

Patut Ke Pelajar Sekolah Jatuh Cinta Dengan Suami Orang? 'Sedapnya' Sekejap, Merana Seumur Hidup!

Punyalah kecoh sekejap di media sosial cerita tentang suami orang yang didakwa bercinta dengan pelajar sekolah. Bukan nak menangkan sesiapa tetapi patut ke pelajar sekolah jatuh cinta dengan suami orang? Kalau fikir logik, peranan anak-anak yang belasan tahun ini sepatutnya belajar tetapi kenapa tiba-tiba mahu ambil alih peranan jadi isteri? Nombor dua pula...

Menjawap soalan ini, pakar motivasi terkenal, Dr HM Tuah Iskandar ada pandangannya mengenai isu ini.

“Cerita jatuh cinta ini bukan aneh. Bukan juga pelik tetapi ada di setiap zaman. Melangkaui batas dan masa. Dalam masyarakat, memang ada segolongan kecil  yang suka dirinya jadi begitu. Mahu menarik perhatian orang lain kepadanya. Lelaki bukan tak tahu hukumannya, bukan tak tahu undang-undang. Mereka tahu apa mereka buat salah. Tahu apa dosa dan pahala, boleh dikenakan tindakan tetapi kita tetap memilihnya juga kerana mengejar keseronokan. Kita tahu semuanya tapi kita sengaja buat.

“Sebabnya kita tahu, selagi belum kena kita akan terlepas. Umpama perbuatan 'try and error'. Belum kena tangkap, selagi cerita tak bocor dan sebab itulah kita memilih melakukannya biar pun kita tahu ianya salah baik dari sudut agama mahupun undang-undang apabila 'bersama' gadis di bawah umur.

“Lagi satu dalam kepala orang lelaki ini, biasa mereka tamakkan sesuatu. Kalau boleh ratu dunia pun mereka nak try tapi itu hanya impian kerana tak mungkin ratu dunia nak dengan kita yang biasa-biasa ini. Orang lelaki selalu nak kelihatan dirinya unggul, terkehadapan kerana bila dah kahwin, biasanya pekerjaan kita stabil, ada rumah, ada kereta, ada duit dan sebagainya.

“Jadi disebabkan itulah, lelaki menjual “ayat-ayat cinta” mereka dengan harapan siapa yang mendengarnya akan jatuh hati. Kalau yang terkena itu pelajar, maka pelajarlah. Kalau isteri orang, maka isteri oranglah.

“Golongan perempuan pula terutama bagi gadis di bawah umur, apabila mendengar “ayat-ayat cinta” telinganya akan jadi cair. Kena pula diumpan dengan barangan mewah yang mereka tak mampu membelinya. Bila dah terpukau dengan ayat-ayat bunga cinta ini, apa pun sanggup kita serahkan termasuklah maruah yang sepatutnya kita jaga,” katanya ketika diminta mengulas isu pelajar sekolah jatuh cinta dengan suami orang.

Perempuan Begini 'Gatal' & Hilang Maruah Diri

Mengulas isu menyerahkan “tubuh badan” kepada lelaki bukan muhrim, Dr HM Tuah akui, beliau menterjemahkan hal ini sebagai “gatal” untuk wanita terbabit.

“Kita tahu apa risikonya. Kita boleh hilang maruah diri. Kita hilang dara yang sepatutnya disimpan untuk suami yang sah. Kita serahkan segalanya kerana cinta. Siapa pula yang sanggup nak kahwin dan terima kita esok-esok nanti? Hidup kita sebenarnya sudah musnah kalau kita gadaikannya kerana cinta semata-mata? Macam saya cakap, hal ini satu fenomena dan berlaku di seluruh dunia,” katanya menasihati lelaki yang berkahwin agar tahu batasannya.

“Kita kahwin ni untuk apa? Kita nak ada anak? Kita ada isteri yang kita perlu sayangi? Kita ada keluarga mentua yang perlu kita hormati tetapi semua itu akan hilang bersama maruah diri bila kita buat hal,” katanya lagi.

Mengulas satu isu patutkah pelajar memilih rakan sebaya sahaja berbanding memilih suami orang, kata Dr HM Tuah, ramai yang memilih laki orang kerana kestabilan diri lelaki tersebut. Mereka ada duit, ada rumah, ada kereta, pandai berkata-kata sedangkan kalau memilih rakan sebaya, semua itu KOSONG. Maklum sajalah, duit belanja pun mungkin mak ayah yang masih berikan. Tapi nasihat saya untuk orang lelaki khususnya yang dah jadi suami ini,  jangan sesekali hancurkan rumah tangga yang kita bina dengan “impian’ agung kita itu. 'Sedapnya' sekejap tetapi merana seumur hidup. Silap hari bulan boleh kena macam-macam tindakan undang-undang. Ada sebab kenapa kita dijodohkan dan kita kena tahu membentuk rumah tangga  mengikut landasan syariat agama,” katanya mengakhiri perbualan.

Haaa... kalau ikutkan pandangan anda sendiri, macam mana pula? Setiap orang punya pendapat berbeza atas pengalaman sendiri. Dari sudut seorang isteri, patut ke beri peluang suami JATUH CINTA DENGAN PEREMPUAN YANG MASIH SEKOLAH.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2l6qdje via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close