Ramai tak tau bahawa garam bukan sahaja boleh menambah perisa dalam masakan tetapi membantu kita ketika ada masalah di dapur. Nasib baik harga garam tidak terlalu mahal. Ikuti tips ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda. Setiap rumah ada garam ...
Selain cuka dan soda baikarbonat, garam adalah satu bahan yang sangat membantu dalam membersihan perkakasan dapur. Berikut enam masalah sering anda hadapi di dapur yang boleh diatasi oleh garam.
- 1. Mencuci periuk keluli. Jika periuk keluli anda anda ada kesan hangus makanan atau kerak. Atasinya dengan hanya menggunakan garam kasar. Gosokan garam pada permukaan dalam periuk dan biarkan lebih kurang 10 minit, baru bilas dengan air bersih.
- 2. Bersihkan kesan hitam pada botol dan botol susu. Caranya mudah sahaja, masukkan garam dan tuangkan air panas. Biarkan lima minit baru cuci seperti biasa.Tanggalkan kesan kopi atau teh yang degil.
- 3. Tanggalkan kesan hitam teh atau kopiJika anda hadapi masalah untuk bersihkan tompok hitam yang degil pada bekas kopi atau teh, Jangan susah hati, gosokkan garam dan sedikit sabun cuci pinggan. Gosok hingga bersih seperti biasa.
- 4. Kayu pemotong. Cara paling mudah membersihkan kayu pemotong di dapur dari segala bakteria dan sisa makanan adalah dengan menggosok garam dengan lemon pada kayu pemotong. Gosok-gosok dan biarkan lebih kurang tiga minit, kemudian bilas bersih
- 5 Singki kusam dan berdaki. Singki menjadi lebih mudah dibersihkan adalah menggosokkan garam dan lemon ataun cuka pada permulaan singki. Gosok rata sehingga segaka kotoran pada singki tanggal.
- 6. Mengurangkan buih sabun. Jika tanpa sengaja, anda tertuang banyak sabun pencuci pinggan dan buihnya melimpah-limpah, atasi masalah ini dengan menaburkan garam halus di atasanya.
Jadi sentiasalah simpan lebih garam di dapur mulai sekarang ye..kerana dalam keadaan tertentu ia boleh dimanfaatkan sebagai bahan pencuci dan pemberisih pekakasan dapur.
sumber: http://www.rasa.my/
Blogger Comment
Facebook Comment