Kalau semua perasan, hampir semua tempat ada dobi layan diri. Kalau dekat setiap apartment atau kondo mesti ada 1. Tempat aku ada 6 block, 5 block ada dobi layan diri. Aku penah jugak tanya macam mana nak buka bisnes. Senang cakap modal dia besar, tetapi jika korang ada modal tapi tak tahu cara atau tips tips nak buka macam mana. Sila baca di bawah. Kalau rasa ini manafaat minta share ok.
- Aku buat post ni sambil menunggu kain kering di dobi block aku, hahaha!
Lokasi
- Tempat kena strategik, sasaran tempat penempatan setempat macam apartment atau berhampiran dengan kawasan perumahan
Mesin Basuh dan Kering
- Kalau anda nak buka dobi mesti lah kena ada mesin-mesin ini.
After Sales 24jam
- Kena standby technician 24 jam sebab pelanggan akan mencuci atau mengering baju pada bila bila masa. Biasa waktu malam atau selepas hujan. Waktu petang tidak terlalu ramai
- Selalu servis mesin sebab kalau sekali rosak memang banyak kos nak keluar.
- Number technician harus selalu dapat dihubungi
Barang-barang
- Sediakan kerusi
- Sediakan bakul ( kalau boleh )
- Sediakan meja panjang untuk pelanggan lipat kain
Mesin tukar syiling
- Gunakan token lebih selamat dan mengurangkan kes vandalism kecurian duit
Lain-lain
- Trend sekarang dobi untuk tarik pelanggan adalah sediakan WIFI percuma dan kerusi urut
Ni saya listkan summary untuk bisnes dobi layan diri.
Overhead
- sewa kedai
- bil air
- bil letrik - mesin basuh, cctv, lampu, kipas
- ansuran mesin (kalau buat loan)
- maintenance mesin
Kemungkinan risk
- Tak ramai orang datang guna
- Vendalism
- Kecurian
Antara sebab orang perlukan servis ni
- Tak ada mesin basuh di rumah (biasanya bujang)
- Mesin basuh rosak belum sempat nak beli
- Tiada air di rumah jadi mesin tak boleh guna
- Guna pengering sebab baju tak kering sebab hujan
Bawah ni list list yang anda boleh rujuk untuk buka servis ini.
http://laundryhub.asia/?gclid=Cj0KEQiA9ZXBBRC29cPdu7yuvrQBEiQAhyQZ9K-1LIraEp39qBYr4H3vFCLrOI1NgCwaFBiLgYjgxN0aAkTV8P8HAQ
http://etika-laundry.com.my/index.html
dobipapa.com.my
Blogger Comment
Facebook Comment