loading...

( Masyarakat ) Pesakit Kanser Tahap 4 Tidak Mahu Berputus Asa




Sebelum saya teruskan, saya nak beritahu bahawa saya kehilangan Ayah saya akibat kanser. Kehilangan amat dirasai terutama ibu saya. Sebab itu saya harap dengan post ini dapat sedikit sebanyak membantu pesakit ini, tidak banyak sedikit pun tidak apa. Tidak dapat menderma tapi dapat share sudah mencukupi. Semoga Allah mempermudahkan segalanya buat saudara Sa’indin Berahim.

Image result for cancer banner

Pasir Mas: Walaupun sedar harapan untuk sembuh daripada barah lidah tahap empat dihidapi agak tipis, seorang pesakit yang menetap di Kampung Lubok Tapah di sini nekad tidak berputus asa.
Sa’indin Berahim, 49, sebaliknya mahu terus menjalani proses rawatan penyakit berkenaan yang dimulakan sejak Ogos lalu walaupun ada ketika badannya tidak mampu menanggung derita.
Menerusi isterinya Yusnira Ibrahim, 41, dan tiga anak mereka berumur lapan hingga 23 tahun dia memperoleh kekuatan walaupun terpaksa menulis pada kertas sebagai alternatif berbual dengan keluarganya.

Yusnira berkata, adik iparnya yang juga adik bongsu Sa’indin, Mohd Sarip, 47, yang menetap di Johor Bharu turut menghidap penyakit serupa pada tahap sama.
“Mulanya suami hanya mengalami kesan seperti luka di bibir, dua tahun lalu namun kami menganggap ia luka biasa disebabkan kerja tukang rumah yang dilakukannya sentiasa terdedah cuaca panas.

“Bagaimanapun, lama kelamaan kesan itu semakin teruk dan sebulan kemudian ada bintik merah di lidah dan ketulan kecil pada leher sebelah kiri.
“Susulan itu, pada Mac tahun lalu saya membawanya untuk rawatan pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan doktor menyarankan dia melakukan ujian Biopsi untuk mengesan sama ada ia barah atau tidak.
“Disebabkan takut, suami enggan jalani rawatan itu dan kami mencuba rawatan alternatif dan mengunjungi 20 pengamal perubatan tradisional termasuk di Terengganu dan Selatan Thailand,” katanya.

Yusnira berkata, setahun Sa’indin menjalani rawatan begitu namun penyakitnya tidak berubah, malah semakin parah hingga lidah berdarah dan ketulan di leher membesar seperti saiz telur ayam dan menyakitkan.

Pada Julai lalu, lelaki itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan melakukan semua rawatan berkaitan kanser.

“Dalam tempoh lebih sebulan menunggu keputusan ujian Biopsi, leher kiri suami mula membengkak sehingga doktor mengesahkan ia kanser lidah tahap empat dan ia mula merebak ke paru-paru.
“Bagi mengelakkan jangkitan kuman, saya mencuci tempat luka itu dengan berhati-hati sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang,” katanya yang membelanjakan RM500 sebulan untuk perubatan suami kesayangan termasuk membeli susu khas yang berharga RM50 setin yang bertahan selama tiga hari sahaja.

“Jika dulu kami ada dahan untuk berpaut, namun kini selepas dia sakit kami hilang punca pencarian,”katanya yang mengharapkan suaminya turut menerima bantuan JKM.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank 7619217086 atas nama Sa’indin Berahim
Kredit: http://www.hmetro.com.my/node/180620
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close