JOHOR BAHRU - Sebanyak 200,365 kenderaan yang bernombor pendaftaran
dari Singapura telah mendaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi
pelaksanaan Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dijangka
bermula tidak lama lagi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, walaupun tarikh pelaksanaan VEP belum dimuktamadkan, rakyat Singapura diseru melakukan pendaftaran secara dalam talian untuk melancarkan sistem berkenaan.
"Pelaksanaan caj jalan raya (RC) bagi kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini yang dikuatkuasakan sejak 1 November lepas dapat membantu mendaftar kenderaan yang bernombor pendaftaran asing khususnya Singapura secara terperinci.
"Ia juga dapat membantu memastikan sistem VEP ini dapat mengesan kenderaan klon dari Singapura masuk ke negara kita selain kompaun kesalahan lalulintas yang mereka lakukan di negara ini dan mereka perlu bayar sebelum kembali ke Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja untuk melihat perjalanan pelaksanaan RC dan VEP di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, petang tadi.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Blogger Comment
Facebook Comment