loading...

13 Makanan Pelik Di Serata Asia, Sanggup Ke Korang Makan?


Jika ada di antara anda yang tidak suka makan durian kerana beranggapan durian adalah satu makanan yang busuk dan berbau, cuba anda lihat makanan yang kami senaraikan ini. Ada di antara makanan ini yang memang buat kami geli tekak dan yang paling penting sekali, jika anda ingin cuba makanan ini, semuanya berada di benua yang sama iaitu benua – Asia! Selamat mencuba!


1. Natto (Kacang Soya Yang Diperam)
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0858
Natto merupakan kacang soya yang diperam atau ditapai dengan jangka masa yang lama. Bagi kebanyakan pelancong yang telah mencuba makanan yang berasal daripada Jepun ini, mereka menyifatkan bau Natto tidak ubah seperti bau stokin lama yang sangat busuk. Malah hidangan ini dihidangkan ketika sarapan pagi. Tidak!
2. Balut
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0853
Kami rasa Balut ini sudah ramai yang tahu. Ia dibuat daripada telur itik yang sudah disenyawakan yang kemudiannya direbus hidup-hidup. Makanan yang boleh didapati di Filipina ini biasanya menarik pelancong untuk mencuba. Anda sanggup?

3. Telur Abad (Century Egg)
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0852
Jika di Filipina anda akan jumpa Balut, di China pula ada telur abad – juga daripada telur itik. Telur ini dihasilkan mealalui proses rendaman di dalam air bergaram berbulan lamanya. Lama-kelamaan telur akan bertukar menjadi seperti jelly dan juga krim sikit-sikit. Macam-macam rupanya boleh buat dengan telur itik.

4. Kiub Darah Ayam
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0855
Jika anda peminat hati ayam, mungkin anda boleh cuba makan kiub darah ayam (di Filipina). Kami tengok pun memang sudah agak tidak boleh layan.
5. Sup Telur Semut
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0862
Jika dilihat di dalam gambar, nampak maacam sedap. Biasanya dihidangkan di negara China, telur semut ini biasanya dihidangkan sekali bersama semutnya di dalam sup. Telur semut yang anda makan ini nanti akan meletup di dalam mulut dan akan dapat rasa masam-masam sikit. Nak cuba?

6. Ulat Sutera
sutera
Ini pun antara makanan yang kita sudah biasa lihat. Masa kami ke Thailand dulu, merasa jugalah tengok makanan sebegini. Mengikut mereka yang sudah pernah makan, rasa ulat ini memang sedap dan berlemak, betulkah?

7. Inago (Cengkerik Berperisa)
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0854
Dengar cara masak cengkerik ini, rasa macam sedap pula. Cengkerik atau belalang ini akan diperap dengan perasa (seasoning) dan diadunkan bersama gula dan juga kicap. Dengan cara ini, hidangan ini akan lebih rangup dimakan dengan nasi.

8. Biskut Penyengat
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0859
Anda berani makan biskut penyengat ini? Mahu bengkak lidah setebal 2 inci nanti. Sekali lagi Jepun hadir dengan rekaan biskut yang unik dan juga mencabar. Cicah dengan teh-o atau Milo, pasti sedap!

9. Tarantula goreng
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0857
Sejarahnya makanan yang lahir di Kemboja ketika zaman pemerintahan Khmer Rouge. Semuanya bermula kerana kesukaran mendapatkan makanan ketika itu. Namun kini, Tarantul goreng ini merupakan salah satu tarikan di sana. Hendak tahu apa rasanya? Ada rasa sedikit ayam dan juga ikan kod. Menarik juga rasa labah-labah ya?

10. Basashi (Daging Kuda Mentah)
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0856
Jika anda hendak makan sushi mentah pun tidak boleh, apatah lagi Basashi. Daging kuda akan dimakan mentah (cara makan sama macam makan sushi) malah ia juga sebenarnya rendah kalori, lemak dan juga kolestrol. Kita memang boleh makan daging kuda,kah?

11. Sperma Ikan
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0861
Jika mengikut logik, kita sanggup makan telur ikan. Maka untuk makan sperma ikan mungkin tidak jadi masalah. Jika tidak salah kami, jika anda siang ikan, akan ada selaput putih (ikan jantan), itulah dia. jika ikan betina akan ada telur berwarna kekuningan. Di Jepun, memang hidangan ini dimakan secara mentah. Tekak orang Jepun semua power.

12. Udang Mabuk Hidup
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0863
Ini cara makan dia memang kejam sikit. Udang (hidup) akan diletakkan di dalam satu mangkuk berisi alkohol. Kemudian udang dibiarkan berenang bebas setelah udang itu mabuk lalu digigit kepalanya dahulu sebelum memasukkan ia di dalam mulut (hidup-hidup). Fuh, mahu makan udang sahaja pun, bukan main teruk lagi.

13. Sesungut Sotong Hidup
13 Makanan Pelik Di Serata Asia - VITDAILY20150302_0860

Yang ini mungkin anda pernah tengok di laman Youtube. Bezanya, cuma sesungut sotong sahaja yang disediakan dalam hidangan ini. Ramai yang tahu bahawa sesungut sotong memang terkenal dengan sifat tidah mudah mati namun sekurang-kurangnya anda tahu makanan anda segar. Ya, ia dimakan hidup-hidup
Kepelbagaian makanan di serata dunia sebenarnya adalah satu penambahan ilmu kepada kita. Bukanlah kami mahu anda cuba setiap satu makanan yang dipamerkan, cuma mahu berkongsi pengetahuan bersama anda.

Sumber: Buzzfeed.com
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close