Kebanyakan wanita tidak mengambil berat tentang perkara ini. Lebih parah ada yang tidak tahu langsung keburukan jika anda hanya memakai satu seluar dalam sahaja dalam sehari tanpa menukarnya.
Tahukah anda, jika anda memakai seluar dalam yang sama sepanjang hari, ia sangat bahaya untuk faraj anda!
Jika anda menetap di kawasan iklim tropika seperti Malaysia, anda disarankan untuk kerap menggantikan seluar dalam mereka setidak-tidaknya dua kali dalam tempoh satu hari.
Perkara itu disarankan Prof. Madya J. Scott Kasteler, seorang pensyarah klinikal perubatan di Universiti Louisville, Amerika Syarikat yang mendedahkan tiga risiko berat apabila wanita malas ganti seluar dalam.
Ini antara keburukan jika anda tidak menggantikan seluar dalam:
1. Kulit vagina dan sekitarnya gatal
Bakteria yang sudah lama berkumpul pada kain di seluar dalam bakal terpapar jelas pada kulit kawasan faraj dan sekitarnya yang memang sangat sensitif kepada wanita.
Jika keadaan sebegini berterusan lebih panjang, maka akan terjadi kerengsaan sama ada bengkak, gatal atau pedih malahan tidak menutup kemungkinan bahawa kulit pun boleh menjadi luka dengan teruk.
2. Ruam kulit
Si pemakai yang jarang menyalin seluar dalam didapati sering menggaru kulit di bahagian vagina sekali gus bakal menciptakan luka teruk sehingga dapat meninggalkan kesan ruam.
Situasi bakal semakin parah sekiranya wanita itu tidak pernah mengganti seluar dalam sebab malas atau faktor kemiskinan, bakteria dan kuman terus berkumpul di situ sehingga membuatkan ruam kulit semakin parah.
3. Faraj beraroma bau busuk
Bakteri dan kulat yang sudah pekat berkumpul di kulit kawasan vagina akhirnya menciptakan aroma tajam yang tidak sedap waima cuba disorok dengan minyak wangi.
Aroma bau tengik tersebut bakal semakin parah apabila si pemakai itu pula juga mengalami masalah keputihan pada faraj.
from HANASUVA http://ift.tt/2hmC5re via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment