loading...

Kalau Anda 6 Tanda Ini, Anda Memang KPOP-Natics

Image result for kpop malaysia

Ramai di kalangan wanita merupakan peminat fanatik selebriti dan juga drama Korea.
Sebelum ini juga pernah terjadi kes di China, di mana seorang wanita hampir menjadi buta selepas tidak berhenti menonton drama Korea selama 7 hari berturut-turut.
Tak kisah nak minat apa jua drama sekalipun, tapi biarlah berpada-pada dan tidak merosakkan diri sendiri sampai kerja pun terganggu.
Kami senaraikan 6 tanda-tanda yang anda sebenarnya sudah ketagih dengan drama Korea.

1. Tidak pernah ketinggalan setiap episod

kamu-adalah-pecandu-drama-korea-jika-lakukan-hal-hal-ini-01
Sebelum 5 minit drama bermula, anda dah duduk depan TV atau komputer. Kalau boleh tak nak ketinggalan setiap saat pun drama tersebut.

2. Wallpaper dihiasi wajah oppa yang anda suka

the-inheritors-kim-tan-cast
Lihat saja wallpaper telefon atau komputer anda. Jika dihiasi dengan wajah selebriti Korea yang anda suka, anda dah sampai tahap ketagih!

3. Bermimpi untuk jadi heroin dalam drama

kamu-adalah-pecandu-drama-korea-jika-lakukan-hal-hal-ini-03
Selalunya wanita merupakan peminat fanatik drama Korea. Jika anda bermimpi untuk menjadi kekasih kepada hero drama tersebut, memang sah anda dah ketagih dengan drama Korea tersebut.

4. Marah dengan streaming internet bila loading lama sangat

kamu-adalah-pecandu-drama-korea-jika-lakukan-hal-hal-ini-04
Dek kerana taksub dengan drama Korea, mesti la nak jadi orang pertama yang menontong sampai sanggup tonton menerusi online streaming. Tapi, ada masanya internet anda tidak seindah yang disangka.

5. Telefon dipenuhi dengan lagu OST drama Korea

kamu-adalah-pecandu-drama-korea-jika-lakukan-hal-hal-ini-06
Drama tanpa lagu akan terasa hambar seperti sayur tanpa garam. Kalau dah sukakan drama Korea, kalau boleh semua lagu OST dalam drama tersebut korang minat. Lepas tu tak boleh kalau tak dengar semua lagu tersebut.

6. Hidup anda sepi tanpa drama Korea

kamu-adalah-pecandu-drama-korea-jika-lakukan-hal-hal-ini-07
Ini antara tanda paling ketara bahawa anda sebenarnya sudah ketagih dengan drama Korea. Anda akan mula rasa sedih apabila drama kegemaran anda sudah sampai ke penghujung dan tiada lagi tontonan yang menyinari hidup anda.
from HANASUVA http://ift.tt/2gIiBAB via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close