loading...

Nasi Kandar Daging Anjing? Biar Betol?


nasik

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) nafi keras dakwaan bahawa tersebarnya kisah yang didakwa kononnya restoran nasi kandar dalam malaysia menggunakan daging anjing bagi mengantikan daging kambing.
Menurut Sinar Online , Timbalan Presiden Presma, Datuk Khadhar Shah Abdul Razak dakwaan itu menular di laman sosial facebook selepas seorang lelaki memuat naik berita serta gambar berkaitan insiden tersebut.

“Yang sebenarnya gambar dan gambar yang digunakan itu dalam sosial media Facebooknya merupakan berita yang disalurkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang menunjukan nasi beriani daging anjing di sana.
Menurutnya juga, lelaki tersebut menggunakan gambar anjing yang disembelih serta mendakwa restoran nasi kandar di negara ini turut menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.

Lebih parah apabila perkara itu menjadi viral serta dikongsi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan imej buruk kepada restoran-restoran nasi kandar di negara ini.
Khadhar Shah memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita tersebut.
Di samping itu , pihaknya juga mengesa lelaki tersebut tampil memohon maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat sedemikian dalam masa tiga hari, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendakwa lelaki terbabit.

Pihak Presma juga mengesa pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar isu terbabit sehingga menjejaskan reputasi Malaysia sebagai negara Islam.

Kredit: PenMerah
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close