loading...

'Samsung S7 Edge Meletup Depan Mata' - Mangsa


GEORGIA, AMERIKA SYARIKAT - "Samsung you sucks!" demikian kata seorang wanita yang berang dengan telefon pintar jenama Samsung miliknya meletup. 

Dalam kejadian malam Khamis lalu, telefon jenama Samsung S7 Edge milik Ashleigh Deakin, meletup secara tiba-tiba. 

"Saya pada ketika itu hanya duduk di meja, namun tiba-tiba telefon itu meletup di depan mata. Pada masa kejadian, telefon itu bukannya sedang dicas, malah tidak disentuh pun. 

"Saya tahu Samsung sebelum ini telah menarik balik penjualan Samsung Notes, baru-baru ini, tetapi bukannya melibatkan Samsung S7 Edge," katanya. 

Kesal dengan kejadian itu, Ashleigh nekad enggan menggunakan telefon pintar jenama itu lagi dan beralih sepenuhnya kepada iPhone, keluaran Apple. 

"Saya takkan guna telefon jenama Samsung lagi selepas ini, katanya.

(Kiri) Samsung S7 Edge meletup secara tiba-tiba sehingga meninggalkan kesan pada meja (kanan) Ashleigh

Gambar-gambar yang dikongsikan Ashleigh menunjukkan telefonnya itu melecur rosak teruk di bahagian depan dan belakang. Malah turut meninggalkan kesan terbakar pada meja. 

Pendedahan yang dimuat naik oleh Ashleigh itu telah dikongsi sebanyak 235,366 pengguna di laman Facebook dan 42,000 likes. 

Bagaimanapun sehingga kini, Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2hFC96P via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close