Setiap manusia ingin rasa bahagia dan tidak mahu hidup kesunyian. Namun, kajian terkini menunjukkan, mereka bijak hidup tidak bahagia dan selalu rasa keseorangan.
Kajian mendedahkan, mereka bijak tidak merasa puas dengan kehidupan mereka dan disebabkan itu mereka tidak rasa bahagia.
Jika anda seorang yang bijak tapi rasa tidak bahagia dengan kehidupan anda, mungkin 4 sebab ini jadi punca.
1. Mempunyai Standard Terlalu Tinggi
Dipetik daripada themindsjournal.com, individu dengan IQ tinggi tahu apa yang mereka mahukan. Mereka selalu menetapkan sasaran dan standard yang tinggi. Termasuk dalam kehidupan yang sentiasa inginkan yang terbaik sehingga membebankan diri sendiri.
2. Memikirkan Sesuatu Secara Berlebihan
Mereka yang bijak terlalu banyak berfikir sehingga lupa untuk menikmati apa yang sudah ada. Merasakan tidak cukup dengan apa yang mereka miliki.
3. Tak Pernah Merasa Puas
Kerana merasakan diri mereka bijak dan mampu melakukan apa saja, mereka tidak pernah rasa puas. Walaupun sudah memiliki sesuatu, mereka inginkn lebih lagi dan disebabkan itu mereka susah nak rasa bahagia.
4. Bersikap Terlalu Keras pada Diri Sendiri
Sibuk untuk mengejar sesuatu hanya untuk membuktikan kemampuan diri, mereka yang bijak tidak beri peluang pada diri sendiri untuk rasa bahagia dan bersenang lenang selagi belum mencapai sesuatu yang diinginkan.
from HANASUVA http://ift.tt/2iCiUil via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment