loading...

KPM Akan Lindungi Guru Jika Disaman Ibu Bapa


MACHANG - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi jaminan bahawa kementeriannya akan melindungi guru yang disaman oleh ibu bapa dan akan berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin, lapor Sinar Harian

Beliau berkata, guru adalah sebahagian daripada penjawat awam dan dilindungi undang-undang ketika menjalankan tugas. 

"(Undang-undang) dah ada cuma apa yang saya nak sebut, kami (kementerian akan lebih) proaktif (jika guru disaman). Tak naklah kalau guru itu kena (saman), dia (tanggung) seorang diri, bukan macam itu," katanya. 

Bagaimanapun, Mahdzir berharap tindakan undang-undang terhadap guru adalah langkah terakhir yang akan diambil oleh ibu bapa kerana KPM mempunyai beberapa cara untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin berlaku di antara pendidik dan pelajar. 

"Pertama, boleh selesai secara rundingan dalaman. Kedua, mungkin boleh diselesaikan melibatkan kepimpinan seperti Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah. 

"Tetapi kita berharap masyarakat tidak menyaman guru walaupun ada beberapa kes terpencil (yang berlaku)," katanya.

Kredit - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close