loading...

Panduan Penyesuaian Mengikut Perubahan Keperluan Anak Anda

Apakah peranan yang dimainkan oleh ibu dalam proses perkembangan anak-anak? Apakah nutrien yang diperlukan oleh si Manja yang berumur 1 hingga 2 tahun untuk perkembangan sihat?
Dutch Lady Nutri Plan™ membantu anda memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta nutrien yang menyokong keperluan nutrisi si manja pada tahap ini; dan bagaimana para ibu dapat menyesuaikan diri dalam membimbing anak dengan lebih baik.

1. Perkembangan tahap kebijaksanaan si manja bermula seawal usia setahun. Setiap tahap kebijaksanaan yang dilaluinya memerlukan perkembangan otot dan tulang, kemahiran motor untuk setiap aktiviti badan serta perkembangan neuron otak yang baik.Setiap satu tahap ini perlu disokong dengan kesihatan yang baik, belaian ibu bapa, persekitaran yang menggalakkan serta nutrien-nutrien penting daripada Dutch Lady Nutri Plan™!

2. Nutrisi perlu dikhususkan mengikut peringkat perkembangan untuk menyokong kemajuan si manja daripada satu tahap kebijaksanaan ke tahap seterusnya seperti yang terdapat dalam rangkaian Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™, yang serasi dengan perkembangan si manja anda dari umur 1 hingga 6+ tahun dan ke atas.

3. Dari umur 1 tahun dan ke atas, si manja anda bukan sahaja berkembang dengan cepat dari segi fizikal, tetapi kemahirannya dalam mengetahui, berfikir, membuat pertimbangan dan belajar juga semakin meningkat.Selain menjadi pakar nutrisi, para ibu perlu menjadi seorang guru atau penglipur lara untuk membantu si manja anda mempelajari dunia di sekelilingnya!

1 HINGGA 2 TAHUN

• Pada umur 1 hingga 2 tahun, keupayaan si manja untuk berdiri, mencapai lebih tinggi, dan maju ke hadapan dengan berjalan akan meluaskan pengetahuan dunia di sekeliling mereka. Ini mencetuskan sikap ingin tahu serta mendorong mereka mendalami dunia persekitaran mereka. Apa yang si manja lihat adalah apa yang dia belajar.

• Fungsi penglihatan bergantung kepada perkembangan mental. Warna, kedudukan, saiz, dan pergerakan bukan dilihat melalui mata, tetapi otak. Bagaimana? Lensa mata menerima cahaya dan meneruskannya pada retina. Kemudian, neuron pada retina akan menghasilkan isyarat elektrik yang berjalan melalui saliran otak dan talamus dalam otak Jadi, isyarat elektrik tersebut akan ditafsirkan dan membolehkan kita mendapat visual. 

• Dutch Lady Nutri Plan™ CURIOUS mempunyai nutrisi yang sesuai untuk menyokong fungsi penglihatan dan otak si manja. Ia dirumuskan dengan Taurina,iaitu anti oksidan yang membantu melindungi mata dan otak; vitamin A membantu fungsi penglihatan dan Inositol membantu membentuk kanta mata yang jelas. DHA juga juga penting terutama sekali dalam perkembangan otak. Selain itu, kekuatan tulang juga penting untuk membantu mereka bergerak. Oleh itu, Vitamin D ditambah untuk menggalakkan penyerapan kalsium.

• PERANAN ANDA SEBAGAI PENGLIPUR LARA!

Si manja anda mempunyai sikap ingin tahu tentang segala di sekelilingnya. Anda boleh menunjukkan kepadanya manusia, objek dan haiwan yang dilihatnya. Ambil perhatian mereka dengan bercerita tentang objek yang dilihat, terutamanya mengenai bentuk dan warna untuk merangsang penglihatannya.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close