KOTA KINABALU - Seorang lelaki didakwa menyamar sebagai kakitangan syarikat penerbangan Air Asia bagi tujuan menipu orang ramai di media sosial.
Pendedahan yang dikongsikan oleh Race Monsopiad Jr itu mendakwa, sudah ramai yang menjadi mangsa lelaki ini, malah beberapa orang rakannya turut menjadi mangsa.
"Inilah kawan yang sanggup makan kawan sendiri kerana duit. Beberapa kawan saya sudah kena dengan budak ini," katanya.
Menurutnya, lelaki berusia 22 tahun berasal dari Sabah. Dylan dikatakan telah menjalankan kegiatan itu bersama dengan seorang wanita disyaki ibunya.
"Ibunya turut terlibat dalam sindiket penipuan tiket penerbangan, memalsukan dokumen Air Asia dan menyamar sebagai kakitangan Air Asia.
"Selain rakan-rakan, keluarganya sendiri juga pernah menjadi mangsa penipuannya sendiri. Kali terakhir dia dilihat di Asia City, Kota Kinabalu," katanya.
Dokumen yang didakwa palsu | Foto - Race Monsopiad Jr |
Difahamkan laporan polis juga telah dibuat terhadap Dylan yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan itu bagi tujuan membiayai kos pembedahan mukanya di Korea.
Justeru, Race Monsopiad menasihatkan orang ramai agar tidak membeli tiket penerbangan dari kakitangan penerbangan, sebaliknya membuat pembelian di kaunter dan laman web Air Asia yang sah sahaja.
Kredit - The Reporter
Kredit - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment