loading...

‘Train To Busan’ Versi Hollywood? Makin Elok Atau Makin Teruk?

Image result for train to busan us version

Seperti yang anda tahu, filem ‘Train To Busan’ merupakan filem pertama Korea yang berjaya menduduki tangga teratas box office dan meraih kejayaan luar biasa.
Di Malaysia sahaja, filem arahan Yeon Sang Ho berjaya mencatat kutipan yang memberangsangkan iaitu lebih RM20 juta.
Untuk peminat tegar filem ini dan juga peminat fanatik Gong Yoo, ada berita baik untuk anda.
Menurut laporan Variety, baru-baru ini, syarikat penerbitan Perancis, Gaumont, secara rasminya menandatangani kontrak kerjasama bersama Next Entertainment World, untuk menghasilkan filem “Train to Busan” versi Hollywood.
busan-review-pic

Objektifnya agar filem Korea dapat mencipta nama di persada filem antarabangsa dan lebih dikenali dunia.
Pihak Gaumont dalam kenyataannya berkata, mereka sudah tertarik dengan ‘Train to Busan’ sejak pertama kali menonton filem tersebut di Festival Filem Cannes pada Januari lalu.
Namun, tarikh sebenar filem tersebut bakal ditayangkan masih menjadi tanda tanya.

Kredit: HANASUVA 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close