loading...

"Ustaz, Ada Tak Amalan Supaya Suami Pandang Saya..."

Baik lelaki atau wanita, tolonglah jangan sesekali bandingkan kehidupan rumah tangga dengan orang lain. Apa yang Allah beri selalunya tak sama, tapi macam mana pahit pun dugaan pasti terselit nikmat.

 

Macam-macam ujian yang Allah bagi, ada yang diuji dengan kekurangan wang, harta, kasih sayang dan ada juga diduga dengan kekurangan perhatian dari insan tercinta seperti yang dialami wanita ini.

 

Daripada perkongsian dalam Facebook Ustaz Ebit Lew isteri ini meminta nasihat dari ustaz hanya untuk suami memandang dirinya. Sedih bukan.

 

Ikuti perkongsian dari ustaz tentang saranan amalan yang dilakukan hingga akhirnya suami wanita ini menangis apabila sedar akan kesalahannya.

 

Seorang kakak mesej saya tanya soalan. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung.

 

Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya.

 

Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun... Suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa.

 

Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.

 

 

Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumah tangga pengubat jiwa.

 

Cuba Puan buat 3 amalan ini;

 

Pertama

Solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari. 2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300 kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya.

 

Kedua

Tetapkan waktu Ta'lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta'lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita.

 

Ketiga

Setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. "Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kasih jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga"

 

Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Jika puan marah dia. Dia marah balik semula. Jadi bergaduh lagi besar. Rahmat Allah hilang.

 

Hari ketujuh suami menangis

Dia pun buat selama seminggu 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang. Suaminya mula duduk Ta'lim sama-sama. Sekarang suaminya bangun 5 pagi solat tahajud. Kejut dia untuk tahajud sama-sama.

 

Katanya, bila kami sama-sama tahajud walau 2 rakaat dan doa sama-sama terasa seperti pengantin baru. Bercinta semula. Begitulah nur dari amal. Doa sangat power. Begitulah bidadari yang sangat mulia.

 

 

Perkongsian: Ustaz Ebit Lew


 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2gToI1J via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close