loading...

Warga Emas Di Bunuh Kerana Anak Berhutang Dadah


bunuh
Akibat hutang dadah anak berjumlah RM30,000 seorang ibu yang juga warga emas maut dalam kejadian samun dan bunuh di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai Kelantan.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail anak mangsa berusia 35 tahun ditahan pada Selasa lalu, berjaya membantu polis meyelsaikan kes kematian ibunya Rohani Musa 60.
Polis juga turut menahan seorang rakannya berusia 25 tahun pada Rabu lalu, di sebuah kedai kopi di Kuala Krai.

Turut didedahkan terdapat dua orang yang terlibat dalam kejadian tersebut
Ab Rahman berkata, berdasarkan maklumat, dua suspek itu juga sedang mengesan anak tunggal mangsa untuk diculik, selepas gagal melunaskan hutang berkaitan kegiatan dadah.
Sepasukan polis berjaya mengesan tempat persembunyian dua individu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan.

Pihak polis melakukan serbuan di sebuah kawasan hutan di Kuala Krai, kira-kira jam 9.30 pagi, namun kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan untuk mengesan mereka.

Hasil pemeriksaan di lokasi membawa penemuan sebuah khemah, komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang dilarikan pada Isnin lalu, kain tudung dan sekeping kad pengenalan milik seorang suspek berusia 22 tahun.

Menerusi Sinar Harian pada Selasa lalu, RohaniMusa ditemui mati dalam keadaan terikat kaki, tangan dan mulut dipercayai dibunuh selepas disamun di rumahnya di Kuala Krai.
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close