loading...

Anak Ketagih Hisap Jari. Cara Terbaik Atasinya Tanpa Perlu Berkeras.

Menghisap jari sebenarnya tabiat biasa di kalangan anak-anak. Namun ia sudah tidak jadi biasa apabila anak semakin meningkat usia tetapi masih menghisap jari. Kalau ikutkan kata pakar anak-anak ini menghisap jari kerana mahu menenangkan diri atau mendapat perhatian. Walau bagaimanapun sampai bila tabiat atau ketagihan ini akan berterusan. Sebagai ibu bapa pastinya anda mahu lihat tabiat ini dihentikan secepat mungkin. Jadi bagaimana cara terbaik untuk hentikannya tanpa perlu berkeras? Baca tip ini.  

1.    Cuba untuk hadkan jangka masa anak anda menghisap jari. Jelaskan pada anak anda, ini hanya boleh dilakukan di rumah dan bukan di luar rumah. Jelaskan juga, ini adalah aktiviti sewaktu hendak tidur siang atau malam sahaja.
Rasionalnya: Apa yang anda lakukan ini membantu anak anda kenal pasti apa yang boleh dilakukan dan apa yang mereka tidak boleh lakukan. Pendek kata, ini membantu proses pembentukan tabiat positif mereka.

2.    Elakkan daripada terlalu bertegas dengan mengatakan, "Mulai hari ini adik tak boleh hisap jari lagi. Kalau hisap juga mama akan beri hukuman," Sebaliknya, lakukan secara peringkat demi peringkat. Mulakan dengan berikan pujian positif sewaktu mereka tidak melakukan tabiat tersebut, daripada mengkritik sewaktu mereka sedang melakukan tabiat tersebut.
Rasionalnya: Pengiktirafan yang dilakukan membantu mereka menyedari bahawa mereka tidak memerlukan tabiat tersebut untuk menarik perhatian orang lain, secara tidak langsung memberi mereka keyakinan diri bahawa mereka mampu menenangkan diri tanpa bergantung pada tabiat yang mereka ada.

3.    Sentiasa berbual dan berbincang dengan anak anda secara tenang dan baik berkenaan tabiat mereka tersebut. Bantu anak anda fahami bahawa, apabila mereka merasakan diri mereka bersedia untuk hentikan tabiat tersebut, anda akan sentiasa berada bersama mereka dan memberi sokongan yang positif.
Rasionalnya: Ini memberikan keyakinan pada diri mereka. Apabila masanya sampai, mereka akan datang secara sendirinya dan secara sukarelanya memberitahu mereka mahu menghentikan tabiat tersebut. Ini kerana anda telah memberikan mereka kekuatan tersebut untuk sampai ke tahap membuat keputusan untuk menghentikan tabiat tersebut

4.   Cuba untuk bantu sedarkan anak anda ketika mereka sedang melakukan tabiat tersebut. Contohnya, sewaktu mereka sedang menghisap ibu jari, tanyakan, adakah anda sedar anda sedang menghisap ibu jari anda sekarang ini? Jika anak anda mengatakan tidak, bantu mereka untuk menyedari bahawa mereka sedang melakukan tabiat tersebut. Seboleh yang mungkin, sediakan atau cadangkan cara lain yang boleh membantu menenangkan diri mereka seperti memeluk anak patung.
Rasionalnya: Membantu menyedarkan anak anda akan membantu mereka memahami, tindakan tabiat itu mungkin terlalu kerap dilakukan, atau membantu mereka memahami bahawa, apa yang di maksudkan atau selalu ditegur adalah tindakan tersebut, dan bukanlah keadaan diri mereka seadanya.

5.  Elakkan meletakkan perasa yang tidak sedap pada jari atau melakukan sesuatu yang drastik hanya semata-mata mahu menghentikan tabiat tersebut. Ini adalah sedikit kejam dan tidak menghormati perasaan anak anda.
Rasionalnya: Melakukan perkara tersebut akan meninggalkan trauma berpanjangan tanpa pemahaman kenapa ia dilakukan atau kenapa tabiat tersebut dibenci.  
 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2imakiS via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close