Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya dan tiada yang lebih baik selain melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Mampu mengaji serta menghafaz Al-Quran dengan baik serta memahami isi kandungannya pada usia yang masih muda. Jadi masih belum terlambat untuk mendidik si manja menghafalnya. Ikuti tip yang diberikan oleh Lina Karim dari Islamic Parenting Network yang berpengalaman mendidik anak-anak menghafaz Al-Quran dalam usia mereka masih kecil lagi.
1. Pastikan anda mula dengan niat yang baik. Lakukanlah demi mencari reda Allah dan bukan kerana kepentingan duniawi atau mahu menunjuk-nunjuk pada orang anak anda hebat.
2.Al-Quran haruslah diperkenalkan seawal si manja berusia lima bulan di dalam kandungan melalui alunan bacaan ayat suci oleh ibu bapa atau audio yang dipasang. Dengan asas ini, maka akan lebih mudah bagi mereka untuk mengaji dan seterusnya ke peringkat menghafal.
3.Sebaiknya pilihlah waktu untuk menghafaz semasa anak-anak tidak penat secara fizikal atau mental untuk mendapatkan hasil optimum. Sebagai ibu bapa semestinya kita tahu waktu-waktu terbaik untuk anak kita. Namun sebaiknya dilakukan pada waktu pagi kerana fikiran dan badan masih segar.
4 Wujudkan rutin anak bangun pada awal pagi walaupun pada hari Sabtu dan Ahad. Ibu bapa sesetengahnya akan memberi kelonggaran pada anak untuk bangun lewat ketika cuti sekolah. Inilah yang akan menggagalkan usaha anda mendidik mereka dengan rutin yang baik.
5.Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah sesuai sekiranya si manja terus diajarkan tafsir Al-Quran sekali dengan tafsirnya. Memang bagus jika ibu bapa berupaya mengajar Al-Quran dan terjemahan serta tafsirnya sekali. Tetapi untuk dunia kanak-kanak yang masih belum mengerti tentang banyak perkara dalam kehidupan mereka, maka tidak perlu mempelbagaikan fokus kita selain belajar membaca dan menghafal Al-Quran. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institusi Tahfiz, mereka mendapati pelajar yang fokus untuk menghafal sahaja adalah lebih cepat menghafalnya berbanding dengan pelajar yang menghafal dan mempelajari tafsirnya.
6.Pemakanan juga perlu dititikberatkan. Sudah tentu makanan yang halal dan toyyiban menjadi sumber nutrien dan mineral untuk anak-anak. Kurangkan pengambilan gula atau karbohidrat berproses jika kita mahu anak kita lebih tenang dan mudah mendengar kata. Banyakkan minum air kosong. Ambil kekacang, kismis dan kurma sebagai snek utama.
7.Suasana sekeliling akan mempengaruhi si manja dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini. “Contohnya jika mama dan papa menonton pelbagai rancangan hiburan dan drama bersiri, anak pula kita suruh membaca Al-Quran, ia nampak tidak seimbang bukan? Anak-anak akan melakukannya kerana terpaksa. Jika hati sudah tidak fokus seperti itu, ayat yang mudah pula akan menjadi sukar.
8.Ciptakan persekitaran rumah yang tenang dan penuh kasih sayang. Suasana saling ingat mengingat antara satu sama lain akan cinta pada Allah dan Rasulullah. Biar alunan Al-Quran sentiasa kedengaran. Dengan keadaan ini, si manja akan terarah kepada perkara yang baik. Mereka akan terbiasa dengan alunan Al-Quran dan akan berasa sunyi tanpanya.
loading...
Home / IFTTT /
kanak-kanak
/ Mahu Anak Jadi Hafidz Al-Quran? Ini Perkara Paling Mudah Anda Perlu Lakukan Dulu..
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment