loading...

Anak Tak Suka Makan Buah? Anda Boleh Guna Cara ini Untuk Pujuk Si manja

Selain sayur, buah-buahan juga antara yang paling susah untuk diberikan pada anak-anak. Setiap jenis buah-buahan mempunyai khasiat dan kebaikannya sendiri. Kebanyakan buah-buahan memiliki vitamin C iaitu vitamin yang sangat diperlukan untuk kesihatan badan dan kulit. Untuk menarik minat si kecil makan banyak buah-buahan, mama boleh menyediakan jus yang mereka gemari. Berikut tip yang boleh anda ikuti:
1.    Pilih buah-buahan yang betul-betul segar. Jika anda memilih buah yang terlalu masak, rasa dan bau asalnya akan berubah. Begitu juga dengan baunya. Buah yang layu juga tidak sesuai untuk dimakan terus apatah lagi jika ingin dijadikan jus, jadi sebelum membeli buah-buahan, pastikan dahulu kesegarannya.

2.    Pilih buah-buahan yang menjadi kegemaran mereka. jika anda ingin mengubah cita rasa mereka atau ingin mencuba sesuatu yang baru pastikan anda mencampurkan dengan buah-buahan yang mereka gemari agar rasanya tidak terlalu janggal buat mereka pada pertama kali.

3.    Warna memainkan peranan dalam pemilihan kanak-kanak terhadap buah-buahan. Jika ia kelihatan pucat dan hitam pasti akan membantutkan keinginan mereka terhadap buah-buahan tersebut. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memotong atau mengupas terus buah-buahan yang bakal anda berikan supaya ia kelihatan segar.

4.    Selain jus, hidangan buah-buahan boleh divariasikan. Anda boleh membuat 'fruit punch' dengan aneka buah-buahan atau 'smoothie' iaitu air buah-buahan yang dikisar. Namun sebelum itu, senaraikan dahulu jenis buah-buahan yang bakal anda guna dalam 'fruit punch' anda. Pilih buah daripada pelbagai warna agar ia dapat menarik minat si kecil anda untuk nikmatinya. 'smoothie pula boleh anda campurkan dengan makanan lain seperti susu, kekacang dan campuran buah-buahan lain.

5.    Cara hidangan jus anda perlu diselitkan dengan sedikit daya kreatif. Dengan cara tersebut, anak anda akan lebih berminat untuk menikmatinya. Hiaskan jus dengan potongan buah-buahan. Pastikan hiasan adalah buah-buahan yang digemarinya kerana bimbang salah langkah mereka tidak akan minum jus yang anda buat.

6.    Mama juga perlu menitik beratkan bentuk buah-buahan yang dihidangkan sama ada sebagai hiasan jus atau punch. Jangan hanya menghidangkannya dengan bentuk kiub semata-mata. Anda boleh gantikan potongan ini dengan pelbagai bentuk menarik seperti bintang, tiga segi, bentuk hati dan bulat. Kelainan pada bentuk potongan ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi mood si kecil untuk makan.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close