loading...

Apa yang perlu anda tahu tentang BENTAN

 

“Siapa suruh langgar pantang??! Kan dah BENTAN !!”

Bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Bentan juga turut dikaitkan dengan kanak-kanak yang berkhatan. Dalam masyarakat Melayu, bentan dipercayai sebagai akibat melanggar pantang-larang selepas bersalin. Antara contoh pantang-larang selepas bersalin ialah :
– Berjalan dengan langkah yang kecil.
– Berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk.
– Ikat rambut tinggi-tinggi, tidur menggunakan tujuh bantal
– Tidak keluar rumah selama 40 hari.

Apakah yang dimaksudkan dengan bentan?
Dari aspek perubatan, bentan adalah komplikasi akibat jangkitan kuman yang dialami selepas proses kelahiran bayi.

Antara gejalanya ialah : Demam, badan berasa lemah / seram sejuk, pening, loya, sakit sendi, tumpah darah, keluar cecair berbau busuk dari faraj, sakit pada bahagian peranakan, sakit pada bahagian luka kelahiran dan jantung yang berdegup kencang.

Terdapat pelbagai sumber jangkitan yang boleh berlaku pada wanita semasa proses berpantang:
1) Jangkitan pada luka tempat kelahiran
Ia boleh berlaku pada luka bahagian faraj jika pembedahan secara normal atau menggunakan vacuum atau forceps. Jangkitan juga boleh berlaku pada luka pembedahan bagi kelahiran secara Caesarean.

2) Jangkitan pada payudara (mastitis)
Dalam masyarakat Melayu, ia lebih dikenali sebagai bengkak susu. Ia boleh terjadi akibat saluran susu yang tersumbat atau rekahan pada puting buah dada yang tidak dirawat.

 

3) Jangkitan pada salur peranakan.
Ia boleh berlaku jika terdapat sisa daripada proses kelahiran (product of conception) yang tertinggal dalam saluran peranakan contohnya bahagian daripada uri. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut, sakit pada ari-ari dan menyebabkan tumpah darah.

4) Jangkitan pada saluran kencing.
Ini boleh berlaku jika wanita tersebut kurang minum air semasa berpantang. Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk proses pelawasan kencing.
Mengikut pantang-larang orang-orang lama, wanita berpantang perlu menghadkan pengambilan air bagi mengelakkan muka menjadi sembap atau kaki bengkak. Tetapi, perlu diingatkan di sini, jika terdapat simptom muka, badan atau kaki menjadi sembap, wanita tersebut perlu diperiksa untuk penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan atau stroke.
Selain itu, jangkitan pada saluran kencing boleh berlaku jika penjagaan kebersihan faraj diabaikan. Faraj perlu kerap dibersihkan dan kerap menukar tuala wanita.

5) Jangkitan salur pernafasan
Ini boleh berlaku sebagai komplikasi dari prosedur bius (anaesthesia) semasa pembedahan Caesarean. Antara simptomnya ialah batuk, sesak nafas, pernafasan kencang atau sakit dada.

6) Sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan kelahiran
Jangkitan juga boleh berlaku pada bahagian tubuh yang lain, yang tidak terlibat semasa proses kelahiran. Contohnya akibat gusi bengkak, jangkitan dalam telinga dan cengkam kuku yang bernanah.

Sebagai peringatan utama , bentan adalah salah satu cara tubuh berkomunikasi untuk meminta bantuan dan rawatan . Ia tidak perlu diabaikan atau hanya dipandang mudah sebagai “akibat melanggar pantang”. Dapatkan rawatan dari klinik dan hospital berhampiran dengan segera!

Admin : Nigella sativa

from Root of Science http://ift.tt/2ijcvUw via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close