loading...

Cara Cairkan Hati Isteri, Walau Kau Sibuk Kalahkan Perdana Menteri

Suami sering mengabaikan masa bersama keluarga apabila sibuk bekerja. Inilah punca besar yang membuatkan isteri selalu 'tarik muncung' dengan suami yang membatalkan aktiviti bersama keluarga.

Masa berdua dengan isteri semakin berkurang, nak meluah pun tak ada tempat! Tolonglah faham hati si dia...

Untuk jernihkan hubungan, cuba lakukan sesuatu untuk cairkan hari isteri anda meski pun anda sibuk bekerja.

1. Masukkan dalam jadual bertemu isteri
Sesibuk mana pun anda, demi kebahagian rumah tangga yang dibina, ambil sedikit waktu untuk berjumpa isteri dan anak-anak. Jika anda tidak mampu mengambil masa yang lama curi waktu untuk bertemu dengan isteri ketika waktu makan. Masukan dalam list temu janji untuk bertemu isteri dalam senarai jadual kerja.

2. Perkara kecil tetapi bermakna
Buat kejutan dengan menghantar hadiah ke rumah atau pejabatnya. Meskipun ia nampak kecil percayalah ia mampu memberi impak yang besar kepada pasangan anda.

3. Curi masa untuk bercinta
Disebabkan anda dan isteri sama-sama sibuk, rancang sesuatu yang bermakna apabila ada kesempatan meluangkan waktu dengan isteri. Seeloknya jangan bahaskan tentang kerja atau perkara lain. Hargai waktu bersama ini dengan melakukan kegiatan yang bermakna dan istimewa.

4. Jangan panjangkan cerita kalau salah faham
Akibat terlalu sibuk anda sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah walaupun di hujung minggu. Tidak mustahil juga anda melupakan tarikh istimewa dalam hidup. Isteri pula sering mencari salah anda sehinggakan berlaku pertengkaran walau hanya melibatkan hal yang kecil.

5. Berlakon rajin buat kerja pun boleh
Jika sukar untuk anda meluangkan waktu bersama isteri dan keluarga, gunalah kesempatan yang ada untuk membantu isteri di rumah. Tolong isteri membuat kerja-kerja rumah. Jika boleh sebelum isteri berbunyi untuk meminta tolong anda sudah menyiapkannya. Isteri akan tersenyum senang apabila anda ringan tulang membantunya. Pasti dia tidak berkira jika anda balik lambat atau sibuk menyiapkan kerja.

6. Apa salahnya puji makwe sendiri
Kesibukkan kerja tidak bererti anda dan pasangan tidak mesra seperti pasangan yang lain. Beri perhatian kepada isteri dengan berikan kata-kata sayang. Jadikan rutin setiap hari untuk anda ucapkan kata-kata sayang itu sebelum tidur dan bangun tidur.

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close