loading...

Emak Darah Jenis O mempunyai Risiko Bayi Kekuningan

Bagi pengetahuan semua, ibu yang mempunyai darah jenis O akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kekuningan ketika baru lahir. Untuk memahami kenapa perkara ini berlaku, kita kena faham mengenai ‘ABO blood grouping system

Seperti yang kita tahu badan manusia tidak akan membenarkan bendasing seperti bakteria, virus, kulat dan juga sel-sel yang lain untuk memasuki badan kita. Cara badan kita nak kenalpasti bendasing ini adalah mengenal pasti antigen-antigen yang terletak pada permukaan sesuatu bendasing tersebut.

Antigen ini kita boleh umpamakan seperti Kad pengenalan kita. Setiap seorang daripada kita mempunyai IC sebagai bukti yang kita ini adalah rakyat Malaysia. Siapa yang tidak mempunyai IC ataupun dia mempunyai passport adalah bukan rakyat Malaysia. Jadi kita tahu siapa yang sebenarnya betul-betul rakyat Malaysia ataupun pendatang asing.

10110g1

Ini memudahkan penguatkuasaan undang-undang jika berlakunya sesuatu perkara. Begitu juga antigen ini. Ia boleh digambarkan seperti IC yang menunjukkan bahawa sel itu berasal daripada tubuh badan kita sendiri ataupun sesuatu yang asing.

Jika ia asing, maka sel darah putih akan menangkap ataupun istilah yang lebih tepat adalah memakan sel asing tersebut dan membunuhnya. Inilah adalah salah satu mekanisma pertahanan badan untuk mengelakkan bendasing mencerobohi badan.

 

ABO grouping

Dalam sel darah merah, ada beberapa jenis antigen yang digunakan untuk system grouping. System grouping bagi sel darah merah yang selalu digunakan di Malaysia ada 2 jenis iaitu ABO dan juga rhesus. Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya kita ada lebih daripada 30 sistem grouping yang lain.

Dalam post ini kita cerita pasal ABO grouping sahaja.

Jenis darah seseorang itu ditentukan dengan mengenal pasti jenis antigen yang wujud di permukaan sel darah merah orang tersebut. Jika sel darah itu ada antigen jenis A, maka darah itu jenis A. Jika sel darah itu ada antigen jenis B, maka kita katakan ia adalah darah jenis B.

Apa pula cerita darah jenis O? Pada darah jenis O tidak wujudnya kedua-dua antigen tersebut. Makna kata, Antigen A dan B tidak wujud pada permukaan sel darah merah orang yang mempunyai darah jenis O. Kalau darah jenis AB pula bermaksud, kedua-dua antigen A dan B itu hadir pada permukaan sel darah merah

Yang paling penting adalah perkara yang akan saya terangkan ini. Sesiapa yang mempunyai darah jenis A akan menghasilkan antibodi yang akan melawan darah jenis B. Manakala, siapa yang mempunyai darah jenis B pulak akan menghasilkan antibody untuk melawan darah jenis A.

Orang yang mempunyai darah jenis O pula akan menghasilkan antibody yang akan melawan kedua-dua darah jenis A dan juga B. Orang yang mempunyai darah jenis AB pula tidak akan menghasilkan antibody untuk melawan kedua-dua jenis antigen tersebut.

Saya ringkaskan,

Darah Jenis A —–> menghasilkan antibody B

Darah Jenis B —–> menghasilkan antibody A

Darah jenis O —–> menghasilkan antibody A dan B

Darah jenis AB —–> tidak menghasilkan antibody

abo_blood_type-svg

Jadual ringkas berkenaan kumpulan darah ABO berserta antibodi yang dihasilkan oleh mereka

Antibodi ni apa pulak ye? Secara ringkasnya antibodi ini adalah protein yang akan menyerang sel yang mempunyai antigen yang sama dengan antibodi tersebut. Sebagai contoh, antibodi B akan menyerang sel darah merah jenis B disebabkan ia mempunyai antigen B pada permukaan sel darah merah itu. Sebab itulah darah jenis A tidak boleh didermakan pada orang yang mempunyai darah jenis B.

Kenapa Ibu yang mempunyai darah jenis O menyebabkan bayi senang kena kuning?

Hanya bayi yang mempunyai darah selain daripada O iaitu A, B dan AB akan mempunyai risiko yang tinggi untuk kuning. Kalau bayi itu sendiri mempunyai darah jenis O, ianya tidak berisiko untuk mendapat kuning walaupun emak mempunyai darah jenis O. Ini kerana seperti yang saya katakan diatas bahawa seseorang yang mempunyai darah jenis O akan menghasilkan antibody untuk melawan darah jenis A, B dan juga AB. Antibody inilah yang akan masuk ke dalam bayi dan merosakkan sel darah merah bayi.

Ketika proses kelahiran, darah O ibu yang mempunyai Antibody A dan B mempunyai kemungkinan bercampur dengan darah bayi dan menyebabkan antibody ini menyerang sel darah bayi. Ini menyebabkan sel darah merah itu pecah dan produk akhir daripada sel darah merah adalah bilirubin. Bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Jika kandungan bilirubin dalam darah terlampau tinggi, maka perlunya bayi tersebut menjalani ‘phototherapy’ untuk mengurangkan jaundice.

0fe87939917371-5606c920b5194

Jika kuning terlampau tinggi, bayi akan diletakkan dibawah lampu khas untuk mengurangkan kekuningan pada bayi

Oleh sebab itulah doktor akan sentiasa tanya berkenaan jenis darah ibu. Ini kerana darah ibu jenis O akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai bayi yang kekuningan

Sekian.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat. Sila like page kami Root Of Science

 

from Root of Science http://ift.tt/2jPPQ7v via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close