loading...

Faiz Subri Tak Jadi Pakai Baju Melayu Di Anugerah Puskas, Ini Puncanya

Faiz Subri Tak Jadi Pakai Baju Melayu Di Anugerah Puskas

fs

Sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai pakaian lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016.

Nampaknya Faiz terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca.

Kata pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian baju yang lebih selesa dengan cuaca sejuk.

Suhu di Zurich Switzerland kini mencecah sekitar -5 selsius.

Pakai baju Melayu tak kena denagn cuaca kerana terlalu sejuk.

Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu.

Sepakan percuma yang diambilnya ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu.

Gol cantik itu telah menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia apabila berada dalam senarai akhir tiga gol terbaik 2016 untuk merebut anugerah Puskas.

Sepakan percumanya itu dikatakan melanggar ‘hukum fizik’ apabila melencong sehebat sepakan Roberto Carlos pada tahun 1997.

Beliau dilihat mempunyai peluang untuk merangkul anugerah berkenaan meskipun dicabar pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez.

Semoga berjaya Faiz Subri. -PENMERAHDOTCOM

The post Faiz Subri Tak Jadi Pakai Baju Melayu Di Anugerah Puskas, Ini Puncanya appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2iuFCFd via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close