loading...

Main Gunting & Kertas Pun Boleh Ajar Anak Jadi Bijak

Pernah tak anda melihat keterujaan si kecil yang berusia tiga tahun ke atas terhadap kertas dan gunting? Selalunya anda pasti akan melarang anak daripada memegang gunting kerana bimbang keselamatannya.

Ya, betul! Gunting memang boleh mencederakan si kecil jika tidak digunakan tanpa pantauan tetapi aktiviti menggunting kertas sangat bagus untuk membantu merangsang kemahiran motor halus anak seperti kebolehan memegang barang dan menggunting bentuk serta garisan.

Selain daripada itu ia juga membantu meningkatkan tahap keyakinan diri si kecil dan cara terbaik anak belajar mengenal pelbagai jenis bentuk dan warna. Ini cara yang mudah boleh dilakukan.

1. Bahan yang diperlukan: Kertas kosong, beberapa helai kertas pelbagai warna, gunting, gam dan pen marker.

2. Sebaiknya gunakan gunting khas untuk kanak-kanak, tetapi jika menggunakan gunting biasa, pastikan anda ada di sebelah anak memerhatikan caranya menggunting.

3. Buat pelbagai bentuk garisan pada kertas warna yang dipotong memanjang.

4. Suruh anak anda potong kertas mengikut garisan yang dilukis. Pada peringkat awal si kecil memang akan memotong dalam bentuk yang senget tetapi lama kelamaan dia semakin mahir.

5. Anda juga boleh tampal guntingan kertas dalam pelbagai bentuk. Tampalkan bentuk tersebut di atas kertas putih dan tulis nama bentuk itu.
Ia membantu anak lebih mengenali pelbagai jenis bentuk dan warna sekaligus.



Seronok bukan!

Tak perlu marah si kecil kalau dia tersalah potong kertas mengikut garisan. Apa yang penting beri fokuks kepada kemahiran motornya, koordinasi tangan-mata semasa aktiviti ini berlangsung.

Selepas anak mahir memotong, anda boleh meneruskan aktiviti menjadi lebih mencabar dengan menyuruh dia pula membuat garisan pada kertas dan melukis bentuk.

Jangan lupa, tunjukkan cara betul untuk memegang kertas dan gunting buat pertama kali.

Bercakaplah dengan anak semasa membuat aktiviti ini. Beritahu anak apa yang sedang berlangsung. Ini membantunya
memahami proses pembelajaran di samping menambahkan lagi kemahiran tatabahasanya.




 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2jlcsLW via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close