loading...

Kita Percaya Mitos, Hancurlah Diet

Persoalannya, perlukah percaya pada mitos? 

Baca dan faham. Mungkin dengan cara ini, kita  boleh mulakan proses berdiet dengan betul.

1-Mitos: Jangan makan selepas 8.00 malam.

Teori: Apabila kita makan, kalori itu akan dibakar pada siang hari. Pada waktu falam pula, kalori yang dambil itu akan berada dalam sistem dan bertukar menjadi lemak.
Realiti: Kalori tidak boleh memberitahu masa. Tubuh mencerna dan menggunakan kalori melalui cara yang sama tidak kira waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat terbaik: Jika kita kerap makan sebelum waktu tidur, cubalah mengurangkan snek yang diambil. Jika kita lapar makanlah makanan yang ringan seperti buah sepotong buah atau bijirin dengan susu. Mereka yang suka makan pada waktu  malam cenderung terlebih makan kerana mereka kerap mengelak makan pada waktu siang dan balik rumah dengan perut lapar. Jika perut lapar bermakna kita akan makan apa sahaja yang dilihat. Ini pilihan buruk.

2-Mitos: Makan sedikit dengan kerap merangsang metabolisme.

Teori: Jika kita kerap menambah jumlah makanan untuk membakar metabolisme, kita  akan membakar lebih banyak kalori.
Realiti: Pengambilan makanan memiliki kesan sedikit sahaja terhadap metabolisme. Sesetengah makanan termasuklah yang mengandungi kafein boleh secara sementara meningkatkan sedikit metabolisme. Tetapi kesannya terlalu kecil untuk membantu mengurangkan berat badan. Apa yang memberi kesan pada kadar metabolisme asas (BMR) adalah komposisi dan saiz tubuh. Tubuh yang lebih besar dan banyak otot biasanya membakar lebih banyak kalori secara keseluruhannya.
Nasihat terbaik: Bina otot. Sebab itu latihan kekuatan penting jika kita dalam misi mengurangkan berat badan. Cubalah mengangkat berat atau kekalkan otot anda melalui cara melakukan pilate, yoga atau membina tubuh kira-kira dua hingga tiga kali seminggu.

3-Mitos: Karbohidrat menyebabkan kita gemuk.

Teori: Apabila makan karbohidrat, tubuh akan menukarkannya kepada gula yang kemudiannya akan disimpan sebagai lemak.
Realiti: Karbohidrat sahaja tidak menyebabkan kita gemuk. Kalori berlebihan adalah penyebabnya. Tidak kiralah kita makan dalam bentuk karbohidrat, lemak atau protein.  Selain itu, karbohidrat termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh amat penting untuk diet yang sihat.
Nasihat terbaik: Makan sederhana.

4-Mitos: Kopi boleh membantu mengurangkan berat badan.

Teori: Kafein dalam kopi bertindak sebagai penyekat selera dan perangsang metabolisme.
Realiti:  Walaupun kopi boleh secara sementara mengurangkan selera makan, namun meminum beberapa cawan sehari tidak cukup untuk memberi kesan dalam membantu mengurangkan berat badan. Lagipun minum kopi terlalu banyak dalam sehari boleh membawa kepada kegelisahan, sukar tidur, dan peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Nasihat terbaik: Nikmatilah secawan atau dua cawan kopi (atau teh) setiap hari jika  suka. Cuma pastikan jika kita menambah gula, krim atau serbuk koko pastikan kira kalori yang diambil.

5-Mitos: Susu boleh membantu mengurangkan berat badan.

Teori: Kalsium membantu tubuh memecahkan lemak lebih berkesan sekaligus merangsang pengurangan berat.
Realiti: Tidak ada magis dalam tenusu. Ada kajian menunjukkan mereka yang mengambil tenusu kurang berat badan jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil tenusu. Ada juga kajian yang menunjukkan tidak ada kesan yang berlaku.
Nasihat terbaik: Ambil dan makan produk tenusu tetapi ambil versi rendah lemak kerana jenis ini rendah kalori dan rendah lemak tepu yang kurang menyihatkan.

 

6-Mitos: Berdiet adalah cara terbaik untuk mengurangkan berat badan.

Teori: Menukar kepada pelan preskriptif secara sementara adalah cara terbaik untuk mengurangkan berat.
Realiti: Dalam jangka pendek anda akan hilang berat badan pada sebarang pelan yang memberi kesan dalam pemakanan yang rendah kalori. Tetapi perubahan sementara tidak membawa kepada kehilangan kekal. Berdiet tidak akan berhasil jika kita  melakukan perkara lain buat sementara waktu dan kemudian henti melakukannya.
Nasihat terbaik: Jangan melakukan diet yang dibuat dalam jangka masa pendek. Sebaliknya ubat cara kita makan. Carilah pelan pemakanan yang sesuai dan kita  boleh hidup dengannya dalam jangka masa panjang.

 

7-Mitos: Makan proten dan karbohidrat dalam hidangan berbeza akan membantu kita  hilang berat badan.

Teori: Protein dan karbohidrat memerlukan enzim berbeza untuk pencernaan. Jika kita makan berasingan, kita  memperbaiki pencernaan dan mengurangkan berat badan.
Realiti: Saluran pencernaan boleh menguruskan pelbagai jenis kumpulan makanan dalam satu masa. Tidak ada bukti bahawa makan protein dan karbohidrat berbeza boleh membantu pencernaan atau mengurangkan berat badan. Sebaliknya, lebih menyihatkan apabila menggabungkan protein dan karbohidrat yang penuh serat dalam pemakanan seharian.
Nasihat terbaik: Makan protein berserta dengan karbohidrat tetapi pilih dengan baik. Pilihan protein terbaik adalah isi daging, produk tenusu rendah lemak, dan tauhu kerana ia memiliki sedikit lemak tepu. Karbohidrat terbaik adalah bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini memerlukan masa lebih masa untuk diserap. Oleh itu terdapat pelepasan perlahan ke dalam tubuh dan lebih banyak sumber tenaga boleh diperoleh.

8-Mitos: Makan lemak jadikan kita gemuk.

Teori: Lemak memiliki sembilan kalori per gram. Sementara karbohidrat dan protein hanya memiliki empat kalori per gram. Oleh itu untuk mengurangkan berat badan, kita perlu mengelak lemak.
Realiti: Lemak bukan musuh. Walaupun produk penuh lemak boleh penuh dengan kalori, namun sejumlah lemak yang diambil secara sederhana boleh membantu anda rasa kenyang.  Lemak turut membantu penyerapan vitamin tertentu dan zat fito iaitu sebatian dalam tumbuhan yang mampu merangsang kesihatan.
Nasihat terbaik: Makan lemak tetapi jangan berlebihan. Fikir juga lemak apa yang kita makan. Pilih lemak mono tak tepu dan poli tak tepu seperti yang ditemui dalam minyak canola dan zaitun, kebanyakan kekacang dan ikan. Lemak ini tidak menaikkan tahap kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Lemak yag perlu dihadkan adalah lemak tepu yang banyak terdapat dalam daging dan produk tenusu, serta lemak trans yang banyak terdapat dalam makanan yang telah diproses, makanan bergoreng dan marjerin.



Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close