loading...

Motosikal bersaiz kecil mungkin akan dilarang masuk ke Kuala Lumpur - Menteri

Gambar hiasan | Google Images
KUALA LUMPUR - Kemasukkan motosikal kapchai (motosikal bersaiz kecil) mungkin akan dilarang dari memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sedang meninjau larangan terhadap motosikal untuk memasuki Kuala Lumpur jika tambang pengangkutan awam boleh didapati pada harga yang berpatutan. 

"Pada waktu siang, jumlah populasi di bandar Kuala Lumpur meningkat mendadak antara lima atau tujuh juta kerana ramai yang berulang alik ke tempat kerja.

"Kebanyakan bandar tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki bandar utama. Namun kajian menunjukkan bahawa ramai yang masih memerlukannya (motosikal) kerana mereka tidak berkemampuan untuk membeli kenderaan lain dan pendapatan mereka yang rendah. 

"Sebaik saja pengangkutan awam yang murah boleh didapati, kami akan melihat kemungkinan untuk melarang kemasukan motosikal kapchai ke bandar," katanya memetik laporan dari The Star.

Selain itu, Adenan juga berkata, motosikap kapchai juga sering digunakan oleh penjenayah untuk meragut di bandar. - The Reporter 
from The Reporter http://ift.tt/2iwmQg4 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close