Heroin yang kini begitu terkenal dengan drama bersiri yang menghiasi slot Akasia, '7 Hari Mencintaiku' Siti Saleha Baharum atau lebih mesra dengan panggilan Saleha, 26, yang telah pun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Lutfi Azhar, 30, bertempat di kediaman keluarganya yang terletak di Klang, Selangor baru-baru ini.
Saleha yang baru saja selesai menyiapkan telefilem terbaru lakonannya di bawah arahan, Mohd Noor Kadir akan berada di Bali pula untuk menjayakan drama terbaru lakonannya di Pulau Krabi pula di bawah syarikat penerbitan Dark Wave Pictures Sdn Bhd. Menyentuh mengenai drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat '7 Hari Mencintaiku' lakonan bersama Shukri Yahya Saleha akui terkejut dengan maklum balas yang begitu hebat daripada penonton.
"Alhamdulillah maklum balas daripada penonton sangat baik. Bila saya share di media sosial banyak komen positif yang saya terima terhadap watak Mia Adriana. Saya tak pernah dapat feedback yang begitu happening, di tweetter pula trending tak lebih satu jam beribu-ribu komen. Pada saya peningkatan mendadak ini sangat baik. Penonton suka dan pembaca novel juga akan lagi suka," cerita Saleha.
Inilah Rahsia Cantik Saleha
Orang cantik dan gebu macam ini, mestilah ada petua kesihatan dan kecantikan yang diamalkannya. Jom semak rahsia cantik wanita gebu ini...
1. Saleha akan ke gimnasium dan ke spa kecantikan bila ada masa luang sebab dia memang suka bersenam.
2. Suka lakukan aktiviti lasak dan aktiviti luar yang dapat keluarkan peluh.
3. Seorang yang kuat makan. Tapi Saleha kawal pemakanan dan juga banyak minum air kosong dan makan banyak buah-buahan.
4. Jika ambil makanan berat, Saleha akan pastikan bersenam untuk membuang semula jumlah kalori yang saya ambil. Misalnya, kalau sudah makan burger, Saleha akan terus bersenam.
“Tentang petua kecantikan pula sejujurnya saya tidak mengamalkan apa-apa petua atau rahsia. Alhamdulillah, bukan saya sahaja bahkan adik-adik yang lain juga tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Jadi saya hanya mengikut penjagaan rutin seperti orang lain, contohnya membasuh muka dan memakai krim. Malah saya juga sangat mengambil berat dengan produk yang saya ambil dan tidak sewenang-wenangnya mencuba produk lain. Apatah lagi sekarang ini banyak produk yang boleh didapati daripada pasaran, jadi saya agak bimbang juga kalau-kalau tersalah produk,” terang Saleha.
Lebih menarik Saleha juga berkongsi cerita tentang macam mana dia kenal dan hatinya boleh terpaut pada tunangnya. Nak tahu lebih jelas, kenalah dapatkan majalah Mingguan Wanita bilangan 1728 yang sudah ada di pasaran. Jangan terlepas rebut kisah rumah tangga yang menarik juga!
Blogger Comment
Facebook Comment