loading...

"Saya Sayang Sangat Suami & Dia Pun Sayang Saya, Patut Ke Saya Minta Cerai Sebab Perempuan Itu...!?"

Baru-baru ini telefon saya dihujani dengan satu pertanyaan.

“Kakak, patut ke saya bercerai dengan suami?”

Saya bertanya kembali kepadanya melalui What apps, awak sayang lagi tak pada suami dan berapa tahap peratusnya?

Dia cakap, sayang sangat-sangat dan suami juga sayangkan saya.
Saya terdiam. Untuk makluman, kerjaya saya hanyalah sebagai wartawan yang sudah hampir 19 tahun pengalamannya. Saya memang banyak berhadapan dengan kisah-kisah rumahtangga dan sering memberi khidmat nasihat berdasarkan pengalaman kerja saya.

Jujurnya, memang ramai yang meminta tolong kerana saya memang suka memudahkan selain suka mendengar masalah orang dan menyelesaikannya mengikut “ilmu pengetahuan” sangat sedikit yang saya miliki ini.

Wanita yang bertanya tadi itu, saya tidak pernah kenal tetapi seorang rakan saya memberikan nombor telefon saya kepadanya dengan mengatakan, insya Allah saya akan membantu mengurangkan masalahnya. Kata kawan saya, suaminya sudah kena panahan cinta seorang Ustazah dan dia ada mendapat bukti sama ada melalui Whatapps dan bukti-bukti lain yang Ustazah itu ada mengajak suaminya mendirikan rumah tangga. Khabarnya mereka sekampung tetapi Ustazah itu duduk di negeri Utara dan wanita itu dan suaminya ada di kotaraya ini. Suaminya hanyalah seorang pemandu lori sahaja.

Biasa, orang tengah marah, dia membahasakan Ustazah itu dengan pelbagai gelaran termasuk “betina”. Ayat ini saya kurang bersetuju kerana nampak terlalu kasar selain dilihat boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Mungkin ada yang akan kata, saya tidak duduk dalam kedudukannya dan saya mungkin tidak memahaminya dengan  sejelas-jelasnya.
Tapi saya kembali kepada fokus ingin mendengar lagi ceritanya. Saya tanya kepadanya, kenapa suami beralih kepada Ustazah itu.

“Dia umpan dengan duit pada suami saya! Itu jawapannya.

Tanya saya lagi, apa yang buat suami  sampai dia boleh jatuh cinta lagi. Jawapannya, saya pernah bergaduh soal duit dan mak mentua ada di situ.

Dia juga minta izin untuk dia menemui saya kerana katanya untuk saya memahami masalahnya dengan lebih mendalam.

Saya beri jawapan, insya Allah tetapi bukan di minggu ini sebaliknya insya Allah minggu depan. Saya tidak akan sesekali  menghampakan dirinya kerana dia sudah sarat dengan pelbagai masalah dan saya tak mungkin akan menambah lagi masalahnya dengan tidak menemuinya biarpun bidang tugas saya amat berlainan dan saya bukannya peguam atau kaunselor.

Tetapi awal-awal lagi saya sudah memberitahunya, saya agak takut memberikan nasihat kerana saya takut jika nasihat saya itu salah dan besar kemungkinan dia dan suaminya berpisah kerana nasihat saya. Itu saya mahu elakkan sangat kerana saya tidak mahu menjawap di mahkamah Padang Masyhar tentang memberikan nasihat  atau kata-kata yang salah.

Baru-baru ini, saya mendengar satu segmen dalam satu rancangan agama. Pendengar itu bertanya, Ustaz bagaimana pandangan Ustaz mengenai berita-berita yang tular dan kemudian dikomen oleh orang lain.

Kalaulah kita tahu sebarang pandangan dan tulisan kita itu sebenarnya boleh mengheret diri kita ke nerakan jahanam, saya percaya tentu ramai yang akan berhenti memberikan sebarang komen. Ya, sebarang jawapan kita, andai ianya salah, menyakiti hati orang lain dan kita tidak berkemungkinan bertemu orang itu untuk meminta maaf, tempat kita adalah di neraka. Lebih baik diam dari menulis sebarang berita. Itu jawapan dari Ustaz tersebut.

Berbalik kepada wanita yang dalam dilema itu, saya memberitahunya, ujian tidak akan dari Allah SWT jika Dia tahu kita tidak mampu mengharunginya.
http://ift.tt/2jOSFVe
Saya katakan lagi, jika ada sebarang kekurangan dalam diri hingga suami memandang wanita lain, maka baikilah diri menjadi lebih baik. Kalau kita ada bercakap kasar hingga dia menganggap suara wanita lain lebih merdu di telinganya, rendahkanlah suara kita ketika bercakap dengan suami. Jangan terus memberi gelaran buruk-buruk kerana kita hanya menjatuhkan martabat wanita juga. Jangan diingat hanya wanita saja sebagai perampas kerana kadang kala, hal buruk dimulakan oleh suami kita juga. Dia akui hal ini kerana katanya kesilapan itu memang ada datang dalam dirinya juga.

Tetapi lelaki bergelar suami, mereka memang suka nampak diri hebat. Ada perempuan lain suka kepadanya dan ia menjadi topik hangat di kalangan mereka. Tetapi bila sudah memasuki dunia poligami, mulai pening kepala dan tak berlaku adil.

Ramai yang melihat dunia penuh dengan masalah tetapi berapa ramai yang sedar, di akhirat nanti kita ada masalah lain yang lebih besar kerana sikap dan pilihan kita sendiri ketika hidup di dunia. Ketika itu, kita hanya ada satu pilihan, sama ada ke syurga atau ke neraka. Kita tiada pilihan kerana tiada apa lagi yang boleh kita ubah atau buat untuk mengubahnya. Sebaliknya untuk mendapat syurga, kita kena berbuat baik dengan hati yang ikhlas.

Jujurnya, ujian tidak akan datang datang, tanpa kita kuat mengharunginya. Orang yang dipilih menerima ujian adalah tanda Allah masih “memandang” diri kita. Bersyukurlah. Tetapi nasihat saya, sebelum memberikan nasihat, fikir dengan mendalam kerana dibimbangi nasihat itu kelak salah!

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close