loading...

Sebelum 'Scan Baby' Dalam Perut, Fahami Perbezaan Imbasan 2D, 3D & 4D Ya Ibu Hamil

Kalau zaman dulu, ibu hamil akan melalui ujian imbasan yang dipanggil 2D. Ia hanyalah gambaran hitam putih bentuk fetus dalam rahim ibu. Kadang kala ibu sendiri tak faham bentuk yang doktor cakap adalah bayi anda.
Tetapi kini, trend imbasan ibu hamil yang popular dan paling digemari ialah dalam bentuk 3D atau 4D.
Menurut US National Library of Medicine National Institute of Health, ketiga jenis ujian imbasan tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu melihat pertumbuhan janin dalam rahim ibu.
Walaupun zaman sekarang semua ibu hamil hanya mahu melakukan ujian imbasan dalam bentuk 4D kerana 'excited' nak tengok gambar bayi dengan lebih jelas. Walaupun anda boleh memilih jenis ujian mana yang hendak digunakan, fahami apa perbezaan antara ketiganya.
1. Imbasan 2D

Hasil ujian imbasan berwarna hitam putih dan hanya ternampak dari satu sisi sahaja, bahkan kelihatan kabur tetapi doktor yang menggunakan teknologi ini tetap boleh melihat perkembangan organ internal bayi.Sekiranya doktor mengesyaki kelainan, dia akan menyarankan ibu melakukan ujian imbasan berdimensi lebih tinggi.
2. Imbasan 3D

Anatomi tubuh bayi dapat dilihat secara keseluruhannya. Ujian 3D adalah keadaan gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi. Sekiranya ada masalah pada bayi seperti kelainan jantung, bibir serta tulang dapat dilihat dengan ujian ini.
3. Imbasan 4D

Ia dikenali juga sebagai 3D real time kerana melalui ujian imbasan ini anda dapat melihat pergerakan bayi seperti menghisap ibu jari, menendang, menguap dan lain-lain lagi secara terus menerus. Ibu hamil disarankan membuat ujian 4D apabila kandungan sudah mencecah 28 minggu ke atas. Hasil ujian imbasan boleh disimpan dalam bentuk DVD atau CD dan anda boleh melihatnya berulang kali.





Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close