loading...

Tak Sangka Mata Koyak, Terus Trauma Nak Pakai Contact Lens!

Tak kena tak apa, selamat dan syukur. Tapi kalau diuji sakit macam wanita ini, memang trauma nak pakai contact lens. Ke cerita macam ni langsung tak gerakkan hati untuk stop?

 

Nak tahu apa yang buat wanita ini taubat nak pakai lens, ikuti cerita penuh daripada Faerah Nabila...

 

Assalamualaikum semua...

 

Memandangkan lately ni ramai yang saya tengok story pasal lens, hari ini saya nak kongsikan pada anda semua tentang lens. Just sharing to all.

 

Pengalaman yang buat saya serik dengan lens. Sebenarnya saya bukan pengguna tegar lens pun. Jarang sangat la saya nak pakai benda tu, sebab kalau saya pakai mesti sakit kepala datang, saya pun tak faham kenapa orang lain pakai ok jaa. Teringin tu mesti la ada kan but i'll wear bila ada makeup shoot. Kalau pakai lens lagi nampak menyerlah. Jadi saya pun terpaksa la pakai. Tapi tu pun kejap jaa lepas habis semua tu terus buang.

 

Ok lets staright to the point .

 

Before that saya pakai ok je, tak ada tanda-tanda yang meragukan. But one day, Allah nak ingatkan saya, 'JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN KECANTIKAN DUNIA'

 

Tuesday,

About 2pm, lepas habis class saya terus balik rumah siap-siap sebab ada makeup, yes i am still student dan saya buat ni just partime untuk tampung perbelanjaan.

 

Bukan saya yang makeup, mua yang makeupkan sy. Selalunya saya memang akan pakai lens kat rumah siap-siap then terus ke tempat makeup. Mua makeupkan saya about 45 minit - 1 jam, masa tu mua tengah letakkan bedak, dan that time mata saya dah kabur sebelah kiri. Saya biarkan je saya fikir 'oh mungkin kena bedak tadi' thats y mata saya terkabur. So saya biarkan, sampai ja part last pakai mascara.

 

Still kabur lagi, saya tanya pada mua, "ada somethg ka dalam mata? Sebab kabur dia jawab ada habuk mascara, then dia tolong buangkan.

 

Dengan harapan mata saya tak kabur dah. Lepas habis ja, saya terus pandu kereta ke rumah kawan. Tengah-tengah drive mata still kelabu. Tapi sikit pun takda rasa sakit.

 

Bila sampai ja rumah, saya terus bukak lens sebab nak check mana tahu kot ada habuk or something. Tapi takda pun. Saya pakai lens semula. Bila pakai mata makin kabur. Masa tu saya takda rasa takut or apa-apa lagi. Masih lagi berfikiran positif.

 

Mata makin lama makin kabur, saya buka lens tu sekali lagi, nak pastikan ada benda or tak. Uols tahu apa saya nampak?

 

Pada mulanya saya ingtkan lens tu yang terkoyak dan melekat kat mata saya. Jadi saya cuba tarik sebab nak keluarkan. Saya fikir mungkin lens yang koyak tu dah halang anak mata saya sebab tu mata saya kabur, saya cuba tarik tapi tak tercabut. Cuba bayangkan, terkoyak tu sampai saya dapat tarik ruping yang koyak. Allahu... Saya cuba check kat lens tapi lens ok ja takda tanda-tanda saya tak sakit langsung time tu, saya terus buang lens. Banyak kali saya check mata dalam kereta. Saya sentuh, tiba-tiba rasa macam sedikit geseran *kasar pada mata.

 

Terdetik dalam hati "takkan mata aku koyak kot?" Ya Allah jangan, aku tak nak "Aku tak nak kalau tak nampak" Allah ja tau betapa risau, takot susah hati saya pada masa tu.

 

Kawan saya request untk ke klinik biar doktor yang check. Saya berkeras, saya rasa takkan smpai macam tu sekali. Saya tak percaya.

 

Dalam beberapa minit kemudian mata makin lama makin pedih. Bila saya dapat effect macam tu. Terus saya ke klinik berhampiran. Nak ke klinik mata jauh. Jadi saya just check dan dapatkan nasihat Doktor.

 

Dr klinik check dia just suluh pakai torchlight je n dia bgtau . Betul, terdapat kesan luka pada mata saya. Allah, nak luruh jantung sy waktu tu, nak menangis dah tak tau nak buat apa. Dr tu tak boleh buat apa-apa, sebab dia bukan pakar mata, dia just cakap "jangan pakai apa-apa ubat titis cth eyemore or watever . takot lagi membahayakan", dan terus ke hosptal untuk dapat rawatan yang lebih lanjut"

 

Masa tu mata dah rasa sakit sgt2 , tak boleh nak celik lama2, sy terus drive ke hosptal , jarak abt 15-20 mnts, saya dapat drive sekerat jalan ja sbb mata dah mmg tkbole buka sgt2, pedih n menitis air mata. Jadi sy tukar dengan kawan.

 

Mata saya mmg tak boleh buka. Once bila buka, sakit yang amat sangat-sangat. Sampai kat hospital terus ambik rawatan. Lama jugak saya tuggu dalam 2 jam nk jumpa dgn doktor, saya mmg dah tak tahan sangat. Mana-mana misi nurse yang lalu saya panggil dan minta ubat tahan sakit. Memang sakit sangat-sangat, rasa nak nangis nak guling-guling memang sakit, saya diberi ubat titis. Tapi ubat tu just tahan dalam 2-3mnts mcm tu ja. Lepastu terus sakit balik.

 

Saya panggil lagi misi-misi, tapi diorang tak dapat nak bagi ubat sebab takda ubat yang dapat tahan sakit tu. Saya di bawa ke bilik rawatan sementara menggu Doktor.

 

Misi tu cakap, dia tak dapat nak bantu apa-apa, dia just dapat tolong tegokkan ada apa dalam mata saya. Dia titiskan sedikit dye *pewarna iaitu warna kuning kat dalam mata sy sbb nak calar pada mata tu besar dan banyak mana. Lepas tu dia cuci pakai apa tah dan yess, mata saya luka dan tekoyak.

 

Allahuakbar,

Dalam hati ni sangat-sangat risau.

 

Saya diberi surat appoinment untuk berjumpa pakar mata pada keesokkan harinya. Sebab masa tu mmg dah lewat malam sangat dah. Jadi saya pun balik.

 

Dengan dipimpin kawan saya. Mata memang dah tak boleh buka langsung. Malam tu saya memang tak dapat tidur. Mata sakit sangat. Rasa macam kena cucuk-cucuk dengan pisau. Sumpah memang sakit sangat-sangat. Dengan air mata yang meleleh.

 

Ya Allah, ujian yg diberi sgt berat...

 

Wednesday,

 

Pagi tu mama kejutkan saya dan minta saya buka mata, mana tau kot boleh. But still tak boleh, kali ni bila buka sakit 2 kali ganda daru kemarin, my mom bawa ke hospital, dengan muka yang sangat-sangat lesu dan pucat. Dengan jalan sambil tarik baju mama sebab pejam matakan. Memang dah tak boleh nak tengok apa-apa.

 

Ambik nombor dan tunggu giliran.

 

Sampai ja turn sy , Doktor pakar mata check. Ada luka dan terkoyak pada selaput mata. Dia cakap lagi kalau tak jaga betul-betul luka pada mata tu boleh jadi ulser, yang jadi putih-putih pada mata tu. Nasib adik belum jadi lagi. 50/50 ulser senang jadi.

 

He ask me, "kenapa jadi macam ni" "pakai lens", nampak macam dia nak marah time tu, yela kan, sebab benda tu kita sanggup.

 

Dia tanya lagi

"pakai warna apa"

"warna coklat"

"eh mata dah koko nak pakai koko lagi"

 

Dengar tak dia, memang nak marah tu tapi cover-cover. Lepas tu dia pesan, jangan pakai dah lepas ni. Bahaya, mata kita nak guna lama. Sayang la kan. Tak takut ka nanti rosak ke buta ke. Stop la pakai benda-benda macam tu.

 

Dan saya pun tanya kenapa boleh jadi macam ni...

1. Mungkin sebab lens saya kotor

2. Mungkin sebab dijangkiti kuman

3. Pakai terlalu lama

4. Habuk pada lens

 

Tapi dia cakap. Masalah saya mugkin disebabkan oleh makeup, sebab dia nampak dalam mata ada habuk mascara. Mungkin habuk tu jatuh dalam mata dan tersangkut bawah lens. Lens pulak bergerak-gerak jadi dia terguris mata kita.

 

Nak dekat seminggu jugak saya tak dapat buka mata dengan normal. Nasib la time tu tengah cuti midsem, kalau tak habis la saya. Sengaja saya kongsikan untuk semua sebgai pengajaran, bukan nak salahkan lens or sesapa, atas diri sendiri saya jugak salah tak pakai maka takkan jadi.

 

Saya bukan niat nak takutkan semua. Saya cuma nak kongsi apa yang telah saya lalui dan kita sama-sama jaga apa yg Allah hadiahkan untk kita tu adalah yg terbaik untk kita .

I love you alls.

Sumber:  Faerah Nabila

 
 

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2irpVih via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close