loading...

10 Ciri-Ciri Ini Dikatakan Ibu Sedang Hamil Anak Lelaki. Anda Ada Salah Satunya?

Bila mengandung antara yang paling tak sabar untuk diketahui oleh bakal papa dan mama iaitu apa jantina anak dalam kandungan. Tak kira mengandung anak sulung atau anak yang ke-5. 'Feeling' nya tetap sama.
Selain membuat menjalani ujian 'scan' di hospital, ada beberapa ciri-ciri yang diperturunkan oleh orang tua-tua tentang ciri-ciri ibu hamil anak lelaki. Cuba tengok salah satu ciri tersebut, adakah pada anda?

1. Malas bersiap
Orang kata kalau ibu malas bersiap atau melawa, itu tandanya dia mengandung anak lelaki. Kalau sebelum mengandung, ibu hamil jenis kuat melaram tapi entah kenapa bila mengandung terasa malas nak melawa seperti dulu kecuali betul-betul terpaksa.

2. Kulit muka kusam
Oleh kerana sikap ibu hamil yang agak 'malas' hendak bersiap dan melakukan rutin penjagaan muka, kulit semakin menjadi kusam dan kurang bermaya.

3. Muncul banyak jerawat
Biasanya ibu hamil anak lelaki akan tiba-tiba tumbuh banyak jerawat di mukanya. Jika sebelum hamil, dia tidak berjerawat tetapi akan jadi sebaliknya saat mengandung. Puncanya dikatakan sebab peningkatan hormon ciri-ciri ibu hamil di dalam tubuhnya.

4. Kuat tidur
Walaupun majoriti ibu hamil memang memerlukan tidur yang cukup supaya kekal sihat dan bertenaga tetapi jika hamil anak lelaki, ibu akan menjadi kuat tidur. Kalau ada masa lapang, memang ibu hamil akan memilih untuk tidur.


5. Suka makanan berkalori tinggi
Ibu hamil anak lelaki kerap mempunyai berat badan yang melonjak naik kerana amat suka makan makanan berkalori tinggi seperti daging, makanan laut, berkeju dan lain-lain lagi.

6. Tak gemar  makan sayur
Tiba-tiba selera untuk makan sayur hilang semasa mengandung. Mungkin itu petanda anda hamil anak lelaki.

7. Bentuk perut
Ibu yang hamil anak lelaki dikatakan mempunyai bentuk perut lonjong seperti telur.

8. Kedudukan perut
Dikatakan kedudukan perut akan cenderung ke bawah. Bayi lelaki akan berada di bawah rahim atau tengah rahim, sehingga kedudukan perutnya akan berada di bahagian bawah dan kedudukan kandungan lebih rendah jika dibandingkan dengan bayi perempuan.

9. Posisi tidur
Bila ibu hamil anak lelaki, posisi tidur akan cenderung mengiring ke sebelah kiri.

10. Payudara kanan lebih besar
Ketika hamil, ibu akan mengalami perubahan hormon dalam badan. Antara perubahan tersebut akan menyebabkan saiz payudara semakin membesar. Jika mengandung anak lelaki, payudara kanan akan lebih besar berbanding sebelah kiri.

Bagaimanapun ciri-ciri tersebut bukanlah tepat 100%. Ia antara ciri-ciri yang banyak dialami oleh ibu yang mengandung bayi lelaki. Tak salah jika hendak membandingkan ciri-ciri tersebut dengan diri anda sendiri. Tapi jangan terlalu mempercayainya dan berharap pada kriteria tersebut.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close