loading...

5 Amalan Mudah Elak Anak Kerap Sakit. Barulah Membesar Sihat & Cerdas

Kanak-kanak sedang membesar  mudah terdedah pada pelbagai jangkitan kuman yang berisiko menyebabkan mereka sakit seperti demam, batuk dan selesema. Sebagai ibu bapa kita mesti susah hati kalau anak kerap jatuh sakit.

Jadi, pentingnya mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko jatuh sakit. Amalkan disiplin ini sejak mereka kecil lagi.

Mereka mudah meniru perbuatan orang dewasa terutama ibu bapa sendiri. Oleh itu apa kata biasakan anak-anak anda dengan amalan sihat berikut supaya ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup mereka dan secara tidak langsung mengajar mereka gaya hidup sihat.

1. Kerap mencuci tangan

Tangan adalah tempat paling banyak bakteria membiak. Apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak yang aktif meneroka pelbagai aktiviti lasak di sekeliling mereka. Oleh itu sentiasa ajar anak anda membersihkan tangan sebelum makan, selepas makan atau selepas melakukan aktiviti bermain. Ajarkan mereka langkah membersihkan tangan dengan betul sambil memberitahu apa sebab mereka perlu mencuci tangan.

2. Konsisten beriadah

Aktiviti riadah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kerap mendapat demam selesema. Beriadah secara sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan dengan lancar. Ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan. Oleh itu, bawa anak anda beriadah di luar rumah atau sekadar main kejar-kejar di taman.

3. Disiplinkan waktu tidur

Biasakan anak anda tidur secara teratur setiap hari. Sentiasa pastikan dia tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tidur dengan jadual yang sama setiap hari melatih anak anda menjadi lebih berdisiplin dan paling penting dia akan lebih sihat dan terhindar daripada mudah mendapat penyakit.

4. Banyak makan sayur dan buah

Amalan pemakanan yang sihat juga menjadikan anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.

Sekiranya anak sudah dibiasakan dengan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat ini sejak kecil maka ia akan diteruskan sehingga dewasa. Barulah anak-anak boleh membesar dengan sihat dan otak pun lebih cerdas.

 

 

 

 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2lg3v7z via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close