loading...

5 Cara Ajak Anak Kenal Allah. Jangan Asyik Cakap, “Berdosa Allah Marah!”  

Allah adalah Pencipta dan kuasa terulung dalam kehidupan kita. Namun, bagaimanakah caranya untuk kita mempromosikan Allah supaya penghayatannya menyelami jiwa anak-anak. Mungkin anda antara kita pernah berkata seperti ini, “Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah bakar dia dengan api neraka” ataupun “Eeee, kenapa cakap macam tu? Berdosa, nanti Allah marah..”. Namun, yang agak dikhuatiri tentang dialog-dialog sebegini telah mencipta satu imej negatif tentang Tuhan dalam kotak pemikiran mereka. Ayat-ayat seperti “Nanti Allah marah,” “nanti masuk neraka,” ataupun “Allah benci orang yang sebegini dan sebegini” seolah-olah mem’promosi’kan kebengisan Allah pada kanak-kanak. Sedangkan, Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Sesungguhnya rahmatKu itu mendahului kemurkaanKu” (Riwayat Bukhari & Muslim). Ikuti panduan cara membina tanggapan yang benar pada kanak-kanak tentang Allah.

       

1.Gunakan sumber yang sahih

Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?” 

 

2.Ingatkan ganjaran Allah

Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Farisya solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Farisya buat baik dengan mama dan sediakan Farisya pahala banyak-banyak di akhirat nanti!” 

 

3.Imbangi kisah teladan

Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.

 

4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah

Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.

 

5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka

Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.

 


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2llFZpF via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close