Nama aku Lia. Berumur 27 tahun dan mempunyai anak seorang berusia 5
tahun. Berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Yusnizam (bukn nama
sebenar) berusia 34 tahun. Kami bercinta tidak lama dan terus berkahwin.
Kami bertemu sebelum aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran di
Ipta.
Yus banyak memberi semangat dan dorongan pada aku utk mencapai cita2.
Pada mulanya family aku tidak mengizinkn aku berkahwin awal kerana risau
dgn prestasi pelajaranku tambahan pula aku masih muda ketika itu. Kami
berusaha memujuk family dan akhirnya mereka bersetuju dgn syarat aku
mesti meneruskan pengajian sehingga tahap pendidikn tertinggi yg boleh.
Segala perbelanjaan perkhawinan ditanggung oleh Yus memandangkn dia penjawat awam dan telah lama bekerja. Yus tidak kisah ttg semua itu asalkan kami bersama. Family aku hanya support mana yang kurang serba sedikit. Majlis dijalankan dengan penuh meriah walaupun ada beberapa peristiwa yg terjadi sebelum majlis itu ( nanti aku ceritakan kemudian ).
Segala perbelanjaan perkhawinan ditanggung oleh Yus memandangkn dia penjawat awam dan telah lama bekerja. Yus tidak kisah ttg semua itu asalkan kami bersama. Family aku hanya support mana yang kurang serba sedikit. Majlis dijalankan dengan penuh meriah walaupun ada beberapa peristiwa yg terjadi sebelum majlis itu ( nanti aku ceritakan kemudian ).
Selepas berkahwin, kami tinggal di rumah sewa yg yus carikan. Rumah
sendiri dia telah beli tapi di kampung. Rumah sewa ni adalah rumah yg
paling sempurna bagi aku sebab dari tiada apa kami masuk, kami sama2
usahakan barang2 perabot dan segalanya lengkap kini dengan pelbagai
dekorasi.
Satu sikap yus yang aku suka dia memang rajin, beli barang tak suka
berhutang dan mmg cool. Aku pula meneruskn pengajian di semester baru.
Brmula la kisah kami pjj . Dia disini. Aku di ipta utara. Walaupun
begitu, yus tetap mengambil berat dan sentiasa melawat aku disana.
Cukupkan segala keperluan aku. Duit potongan isteri dia beri setiap
bulan. Kadang2 dia datang kesana melawat aku tiap hujung minggu dan
rajin bawa aku jalan2 hilangkan stress belajar. Ramai juga kawan2
cemburukn aku, yelah seusia aku tak perlu aku nk bekerja partime, yus
hanya suruh aku belajar sahaja, kereta pun dia belikan untuk kemudahan
aku sendiri.
Duit setiap bulan dan segala perbelanjaan ditanggungnya. Awalnya kami
ingin merancang untuk tiada anak tetapi setelah 8 bulan , aku berubah
fikiran aku inginkn anak kerana itu naluri seorang wanita kan. Bagi aku,
aku akan bersemangat belajar jikalau ada anak. Yus spt biasa dia cool.
Tidak kisah. Mana2 pun boleh. Merancang boleh. Tak merancang pun tak apa
katanya. Kmudian, setelah bbrapa bulan, aku disahkm hamil.
Alhamdullilah. Rezeki allah beri. Dan aku tak pernah merasa morning
sickness dan loya atau muntah. Cuma sjak kandungan usia 4 bulan. Aku
kerap pitam, pitam dan pitam. Pitam sehingga aku tak mampu bangun terus.
Selalu jugak aku ponteng kelas. Yus risau keadaan aku yg jauh. Mujur
kawan2 yg setia ada.
Usia kandungan aku hingga 5 bulan, pitam saja aku ni.. bila mgrib je aku
tidur. Pitam tu mmg aku dh rasa lali. Nak kurangkn rasa pitam, aku
keluar dgn kawn2( pelikkn tapi tu hakikatnya kalau aku kluar berjalan2
pitam tu kurang sikit la ). Di hostel juga aku kerap mula rasa takut
kalau duduk seorang diri berlainan jika sebelum kahwin aku seorang yg
berani. Aku sentiasa dapat merasakan ada seseorang memerhatikan aku.
Jadinya setiap masa aku dah kurang belajar lewat2 malam sebab aku rasa
takut dengan tiba2. Kandungan aku masih baik dan memang aku dapat
rasakan anak ini cerdik sejak dalam kandungan lagi, aku kerap ponteng
kelas tapi bila exam aku mampu lulus semuanya hanya kerana aku banyak
berbual dgn anak ini. Dia pun tahu aku tak belajar sejak mengandung.
Kadang2 aku pelik aku tak belajar tapi bila tiba exam aku mampu buat
sehabis baik. Itulah rezeki anak.
Cuti semester bermula dan ketika itu kandunganku sudah 6 bulan, aku
balik ke rumah kami. Gembira tak boleh nak gambarkn mcm mana. Memang
happy. Di waktu ni juga aku ambik peluang untuk terangkan pada yus yg
aku sllu rasa tak sedap hati, pening terutamanya waktu mgrib, rasa
gelisah dan takut tanpa tahu sebabnya.
Yus percaya segala kata2 aku dan dia kata nanti kita balik kg berubat
tradisional pula. Oh yaa. Masa kndungan ketika ni ,yus kerap bawa aku ke
klinik berbeza utk tahu punca pitam dan pening tanpa sebab tu. Doctor
check kata tiada apa2 berlaku dan kandungan kami ok. Beberapa hari
kemudian, aku pitam secara tiba2. Mata tak boleh buka, bila aku buka aku
tengok segalanya dalam keadaan terbalik. Kerana takut, aku menangis dan
mujur ketika itu yus baru pulang dr kerja. Aku menangis sebab pitam
yang teramat dan mula rasa sesak nafas.
Mungkin aku nangis membuatkan aku lebih rasa sukar bernafas ketika itu.
Yus ni punyalah kalut tgk aku mcm tu dia pergi ambik air sejuk bagi aku
minum lepas tu dia terus call mak ayah dia kat kg. Masa tu suara aku tgh
menangis2. Mak ayah dia suruh balik kg. Ohh yaa.aku tak bgtau segala
kisah aku rasa ni pada family aku sbb aku tak nak diorg risau. Yus
setuju dia kata hujung minggu kami akn balik kg .
Hujung minggu tu kami packing barang2 dan terus balik kg. Setelah 6 jam
perjalanan kami smpai, Mungkin mak ayah dah tahu stuasi aku so terus dia
bawa kami ke rumah seorang pakcik berubat ni pada malam tu. Kira famous
jugak org tua ni smpai kan dari kl jb dan sebelah utara kenal pak cik
ni. Ramai kata berkesan itupun dia bukn selalu ada di kg tu, nasib baik
mak ayah dah jumpa pak cik ni beritahu dia awal2 kisah kami.
Sampai je rumah pak cik ni, aku dh mula la rasa seram sejuk dengan perut
yang memboyot 6 bulan ni. Tunggu lama sbb ramai org berubat. Dari lepas
isyak akhirnya waktu giliran kami smpai pukul 1 pagi. Mmg ramai. Sampai
tertidur aku dibuatnya menunggu. Nama kami dipanggil. Kami disuruh
duduk depan pak cik ni. Dia ni mula la baca2 ayat al quran semua.
Kmudian dia beristghfar, aku pelik. Yus pelik . Mak ayah pun sama. Terus
dia tanya dah berapa lama sakit.
Aku cakap dah lama sejak mengandung tapi yang ketara skrg ni. Dia kata
bnda ni gangguan, ada org dengki kat kamu suami isteri.Dia nak hantar
suami kamu tapi terkena kamu ni. Ni bukn sakit baru 5 bulan tapi sejak
sebelum kamu nikah. Kami terkejut. Kemudian pak cik ni suruh mak mentua
aku pegang aku katanya nk buangkn benda2 ni dlm badan aku. Dia kata
kalau tak dikeluarkan akan terkena pada anak. Aku turutkan je.
Dia tepuk2 belakang badan aku. Mak mentua aku pegang ibu jari aku.
Punyalah sakit masa tu. Lepas tu pakcik tu toreh sedikit di leher aku,
toreh batin katanya. Sampai sekarang aku terasa kesan garisan panjang tu
kalau dirasa. Darah memang tak ada lah, kesan parut tu ada tapi luka x
ada. Kemudian , dia alaskan daun apa ntah kat bawah leher aku. Kemudian
terkeluar berbutir2 kaca dr leher aku, aku pasti aku nampak , semua org
nampak masa tu, rasa pedih juga. Kaca tu halus berbutir2 . Kmudian dia
tutup luka torehan tu. Ohh yaa. Aku dalam keadaan sedar sepenuhnya ya
masa tu.
Kemudian dia suruh aku duduk depan dia menghadap dia. Dia kata kalau ada
rasa nk muntah beritahu supaya mak mentua aku boleh standby kan daun tu
balik. Aku mengangguk. Dengan perut yang mcm tu. Nk duduk bersila lama2
adoi senak jugak perut tapi aku fikir sekejap je ni. So aku kuatkan
diri. Tak lama lepas tu, aku betul2 rasa nk muntah. Rasa ada benda yg
melekat2 je kat lidah aku ni.
Aku bagitau dia , dia suruh nganga mulut besar2. Suami aku pulak ada
disisi kanan aku sambil pegang tangan aku. Bila aku buka mulut rasa loya
nk muntah tak tertahan laa sgt. Pak cik tu suruh aku buka mulut besar2
sambil dia tolong ambikkn brg yg aku loya sgt kat tekak ni. Tahu tak apa
yg keluar ?? Mula dari sehelai rambut yg panjang tiba2 pak ck tu tarik
jadi lagi panjang2 dan akhirnya bergumpal rambut tu hujungnya. Adalah
dalam 15cm dan hujung tu bergumpal2 bnyk rambut. Rasa nak muntah aku
tengoknya. Mujur yus beri air. Kalau tak situ jugak aku muntahkan lagi
situ.
Geli aku tgk rambutnya. Pak cik tu kata benda ni dah lama dlm badan aku.
Korg kalau pernah tgk cerita hantu yang kena buatan org. Mcm tu lah
situasi aku masa tu. Ini kisah btul2 terjadi pada aku. Patut lah tekak
ak ni rasa gatal je. Bila aku jolok2 sbelum ni x ada apa pun. Rupanya
terselit bawah tekak . Semua org (makayah yus) nampak bnda ni. Brg2 kaca
tadi dengan rambut dia masukkn dlm daun tu. Dia suruh tanam . Pak cik
tu marah juga kat yus sbb kenapa bawak lambat berubat. Yus ni mcm takut2
pun ada. Ntahlah. Yus jawab dia pun baru tahu aku sakit ni.
Padahal aku sakit dah lama bertahun katanya. Ni aku nk bagitahu korang
jgn terkjut ya. Pak cik tu tanya aku sebelum nikah ada rasa apa2 tak.
Aku cakap ada. Tahu apa ? Malam sebelum nikah aku bermimpi perempuan
rambut panjang duduk tepi sudut bilik aku. Kemudian esok nya hp aku
hilang. Kalut hidup aku kejap yelah segala2nya contact no dlm tu. Sbb no
mak andam dan segala2nya hanya aku sorg simpan no telefom mereka. So
aku nangis jelah masa dpt tahu hilang hp tu.
Bila aku beritahu yus masa tu, yus dtg ptg tu smbil bawak hp baru
lagipun dia risau keadaan aku. Patutnya tak leh dtg dia dtg jugak. Mak
aku x ckp apa apa pun. Tapi Jiran2 aku lak sibuk je kata eh pengantin
mana boleh dtg. Esok kan nikah. Yus pekakkam telinga je. Dia dtg dlm 15
minit mcm tu. Aku pun tak berkesempatan nk bagitau dia aku mimpi bnda
mcm tu. Scarry sgt sbb aku tak pernah mimpi mcm tu . Kmudian, malam tu
aku ada selsisih pndapat dgn sorg family aku ni sbb benda kecik je pun
tapi jadi besar sdgkn aku ni jenis ceria je. Ntahlah. Mls aku nk cite
dlm ni nanti korg pun sakit hati mcm aku rasa.
Esok nya kami nikah, yus ni mcm berdebar2 yelah biasalah kan anak teruna
first time akad nikah. Rupa2nya dia tak sedap hati. Tahu tak kerana tu,
3 kali lafaz nikah dia buat. Sedangkan dia seorang yg cool. Tapi
akhirnya selesai semua. Alhamdullilah. Aku dan dia hanya memendam
perasaaan ketika tu hanya menunggu cerita untuk dicerita bersama nanti.
Nasib baik masa majlis sanding semuanya lancar, aku lupakan kejap rasa
sedih. Aku happy spanjang hari.
Sebenarnya malam sebelum nikah tu , aku ada jugak telefon sorg ustz ni
beritahu keadaan aku. Dia kata ada org bt benda tak baik. Dia kata nk
bersihkan. So aku pun lega la masa tu. Berbalik kisah pak cik tadi , dia
kata org ni nak hantar pada yus tapi aku terkena. Wallualam. Selesai
berubat , kami balik. Tugas mak mentua dan yus pula pergi tanam bnda2
aku tu. Sebelum masuk rumh aku disuruh basuh kaki dan angkat wuduk
terus.
Alhamdullilah esok dan seterusnya aku dah tak ada rasa pitam setiap kali
mghrib mungkin sebab barang dlm badan aku tu dah tak ada kot . Aku
bersangka baik mungkib Allah dah permudahkn urusan aku. Kami balik
meneruskn kehidupan seperti biasa dengan penuh tanda tanya hari2
siapalah dok aniaya kami ni sdangkn aku tak pernah bermusuh .
Teringat kata pak cik tu, org yg baik dgn kita belum tentu dia baik.dia
suruh hati2 je. Cuma clue yg dia bagi adalah kawan suami aku si yus. Si
yus ni kata kalau aku sakit lagi dia tak teragak2 nk pulangkan balik
benda tak baik ni pada siapa yg hantar sedgkn dia pun tak tahu siapa
buat. Mak ayah pun nasihat jugaklah jgn bt mcm tu. Aku dh mls nk berteka
teki lagi. Kami mulakan hidup semula. Alhamdullilah sampai ke waktu
bersalin urusan dipermudahkan. Aku dh tak ada la nk pitam2 lagi. So aku
fikir ni bukan pembawakn budak ke apa tp mmg org bagi hntar tak elok nak
kasi aku sakit ni .
Alhamdullilah, Anak kami dah selamat dilahirkan. Mak ayah aku dan yus
jaga aku dalam pantang dengan baik. Yus yg mandikan anak aku sejak o
bulan sampai 5 bulan. Aku tak mandikn sbb aku takut lagi nak pegang
budak kecik( part mandi je bagi kat yus). Yus dan aku sama2 bangun malam
jaga anak. Tugas aku bagi susu badan aja. Memang nampak sgt yus ni
sygkn anak kami. Teringat mak aku cerita ketika aku dlm dewan bedah si
yus ni tak makan rupanya 2 hari.
Minum air je. (Mula aku hampir bersalin normal dan yus temankan aku
disisi berjam2 dlm bilik bersalin tapi tiba2 anak tu hb rendah pulak sbb
stress so kena ceaser pulak so yus x leh la ikut ke dewn bedah ). Hari
demi hari, aku berpantang 100 hari sbb ikutkn kata bidan . Yus ni boleh
cakap pantang lama pun tak apa. So, aku ikutkn je. Anak dah berusia 6
bulan. Cuti semester dan cuti extent pun dah habis so aku kena balik ke
ipta sambung habis study berbaki 2 sem ni. Aku risau pasal anak. 6 bulan
bersama.
So yus cdgkn aku pergi je hbiskn belajar tiap minggu balik. Tentang anak
dia kata dia boleh jaga( kami x nk antar anak kat kg sbb yus nk jaga
sndri, mak ayah aku pun dia x kasi jaga sepnuhnya kalau sekali sekala x
pe). So anak tu kami hantar pada pengasuh dekat dgn rumah. Pagi dia
hantar. Ptg dia ambik dan jaga smpai malam. Aku pulak ke ke utara semula
dan setiap minggu aku balik sbb rindukn anak.
Hari demi hari, bermula lagi dugaan dlm rumah tangga kami dan aku syak
mmg kesan dari kes org hantar tu. Hubungan kami suami isteri memang baik
secara realitinya. Tapi aku rindu dia bila jauh tapi bila balik
berjumpa kami tak semesra mcm dulu. Hari2 kami sibuk urus anak je. Dan
malangnya sejak dari kes berubat tu. Yus dgn aku tak pernah bersama
lagi. Aku fikir mungkin dia fobia sbb peristiwa masa aku mengandung dulu
kan.
Walaupun hakikatnya aku rindu belaian seorang suami tapi yus ni tetap
dengan cool dia dan rajin buat kerja rumah jaga anak. So aku biarkan
jelah. Aku fikir nanti habis pantang 100 hari baru dia nak dekat dgn
aku. Rupa2nya aku silap. Sampai anak aku 6 bulan ( 6 bulan mengandung + 6
bulan selepas bersalin ) dia memang tak pernah sentuh aku lagi sebagai
isterinya selama setahun ( 12 bulan ).
Tiap2 minggu bila aku balik rumah, kami penuhkn masa dgn anak. Tiada
lagi masa utk kami suami isteri . Suatu hari aku ambik masa dan aku ajak
dia berbincang. Dia sedar keadaan tu tapi dia kata dia dah tak boleh
dan dia hanya minta maaf. Tak boleh apa aku jd tak paham. So aku bagi
dia peluang. Semua org bt silap kan. So aku nekad aku nk ambik hati dan
pikat dia semula yelah aku ni lawa lagi. Muka aku ni cantik dan walaupun
dah kahwin tapi org tetap nak pikat ( sebelum kahwin aku akui ramai
terpikat dgn aku tapi aku pilih yus jadi suamiku) so aku guna kelebihan
aku ni, aku mula beli baju tidur seksi, aku pgi spa , aku beli alat2
solek, jamu dan mcm2 lagi.Niat aku nak yus jatuh cinta dgn aku lagi.
Kemudian, Aku cari pakej percutian. Tapi anak kami bawak sekali pergi
bercuti sebab yus tak nak berenggang dengan anak. Aku nak mood cinta tu
dtg lagi sbb dah lama sgt aku dgn dia tak bersama. Rupa2nya aku silap,
segala2 usaha aku tak menjadi. Percutian kami hanya utk anak. Dan bila
aku pakai segala benda tu tak menjadi apa. Maksudnya yus tak pandang
pun. Aku jadi stress. Bukan berminggu aku usaha. Tapi berbulan , aku
mula jadi pemarah sbb aku fikir yus mmg tak syg aku lagi.
Bila aku marah aku baling brg( dah marah sgt )yus ajak berbincang, bukan
skali dua aku berbincang tapi berpuluh kali. Aku pernah 2 kali tulis
surat luahan hati aku tapi dia baca je tapi tak ada respon dari dia
.Daripada aku boleh tolak ansur aku jadi menyampah. Aku belikn dia mcm2
tongkat ali , gambir emas dan segala keperluan untuk kekuatan lelaki aku
usahakan utk dia. Tp dia tak pakai pun. Bersusun dlm almari meja solek
aku. Dari setahun menjadi 3 tahun. Nafkah batin aku yus mmg tak pernah
bagi. Aku dan dia dah banyak kali berubat dengan pelbagai ustaz di sini
tapi sama je tiada tindakbalas.
Lama2 aku dah malas nk bincang hal ni. Kalau bincang dia kata salah dia
tapi tak de usaha langsung dr pihak dia. So aku lebih byk diamkn diri.
Aku tnya dia aku tak lawa lagi ke. Dia kata lawa tapi dia lebih diam je.
Aku dh mula fikir bukan2 mybe dia ada perempuan lain sbb yus ni ada
rupa jugak. Handsome dan lembut tutur bicaranya tapi pernh la jugak tgk
dia marah, memang terkejut dan dia memang jarang marah . Kawan2
perempuan masa sekolah pun semua kata dia ni ok .. So aku tnggu next
step aku akan siasat hal ni pulak.
Dan akhirnya aku dah hbis belajar dh pun . Alhmdullilah . So aku byk
masa kat rumh. Aku smbung siasat kes kami ni. Aku perhatikan yus ni byk
habis kn masa kat rumah. Tiap malam dia dirumah. Hujung minggu kami
jalan2. Kalau dia nk kemana2 dia rajin bawak aku so bila nya dia nk
curang. Hp dia pun dia selalu bagi aku check . Tapi hp aku dia jarang
check. So aku fikir apa yang tak kena dengan dia ni. Perangai aku dari
seorang wanita lembut jadi kasar dan aku rasa yus mcm menyembunyikn
sesuatu pd aku. Dia mmg dah tak nk mesra2 dgn aku. Kalau kami ketawa
sama2 pun sbb gelagat anak je. Salah aku ke ? Aku fikir mungkin ni mmg
ujian untuk aku.
Aku ambik keputusan nak bawa dia jumpa ustaz yg aku kenal terakhir kali
(kali ke 5 ). Alhamdullilah yus ni dia mmg jenis mengikut je.so aku tak
payah nk lebih2 pujuk dia. Smpi sana ustaz kata suami aku ni di hantar
sihir pemisah. Dia ni jadi tak boleh nk bersma dgn aku. Maksudnya dia
mmg tak boleh nak bagi nafkah batin pd aku sbb org tu dah kunci nafsu
dia. Ya allah. Aku rasa teruk sampai 3 tahun suamiku tak sentuh aku. Tpi
mujur kami ni jenis marah2 tapi berbaik smula dan tak jd panjng
gaduhnya.
Balik dari tu kami ikut apa ustaz apa dia cakap. Dan kami rajin solat
berjemaah. Aku dah mula tawakal aku redha aku fikir nafkaf zahir yus
sllu bagi. Anak dia jaga elok. Keperluan aku dia cukupkn. So aku maafkn
dia. Nafkah batin tak semestinya seks semata2 tapi buat kan aku gembira (
walaupun aku sedih dalam diam aku pendamkan je) dan jaga anak sama2
bagi aku dah ok. Walaupun jauh sudut hati aku rindukn belaian suami aku.
Apa guna aku jadi isterinya tapi dia tak sentuh aku lagi. Setiap malam
aku tidur berendam air mata. Aku jadi sedih kenapa dia bt aku mcm ni.
Aku taat padanya dan apa salah aku .Kdg2 dtg niat jahat aku nk je layan
lelaki2 yg sdg pikat aku. Kadang2 aku fikir aku tak lah sampai wanita
jahat lain nak guna cara halus yg tak baik untuk pikat suaminya.. so aku
banyak amalkan selawat saadah dalam masakan aku dan aku sygkn suami
aku.
Aku kerap juga termenungkan hal ni. Tambahan pula, Yus pula bukan jns
cemburu buta sejak dari kami bercinta. Dia tak pernah marah aku nk
berkawan dgn siapa2 janji aku jaga batas pergaulan. Kawn dia baik dgn
aku pun dia tak marah. Dia tahu aku setia org nya. Ya. Aku memang setia.
Walaupun hampir 2 kali aku nk ke pejabt ugama nk adukn kes ni. Tpi aku
berpatah balik. Aku berhenti lama depan pejabat ugama akhirnya aku balik
semula ke rumah. Aku fikir ini ujian aku. Kalau aku teruskan aduan dh
jatuh 1 talak spt dlm taklik aku. Dan aku tak pernh ceritakn pd mak ayah
dia. Aku simpan segalanya. Aku pendam.
Anak aku dah 5 tahun skrg , kami tetap mcm ni.dah beribu cara aku buat
dan usahakn. Tak perlu lah aku cerita secara detail. Yus tetap mcm tu.
Dia jalankn tanggungjawab zahir dgn baik. Tapi nafkah batin tetap tak
bagi dari aku mengandung usia 6 bulan smpi skrg. Kalau dia trauma sekali
krn kes aku mengandung dan besalin tak mungkin sampai dh 5 tahun skrg
usia anak kami. Aku masih mcm ni. Marah2 baling brg laki aku pujuk aku
baik balik.
Aku kenangkn anak aku. Aku skrg sibukkn diri pada aktiviti2 luar. Aku
masuk mcm2 kelab persatuan sbb aku tak nk stress. Yg pasti tiap malam
aku berendam air mata. Aku ketawa tapi aku menangis di dlm hati. Aku
tahu allah sedang uji aku. Nasb baik ada anak sbg peneman. Aku masih tak
kuat nk ke pjabt ugama sbb aku takut dgn apa terjadi akan dtg. Yus mmg
tak ada perempuan mana2 tp dia mmg tak leh nak jalankn tngungjwb nafkah
batin pd aku dia pun sbukkn dri dgn aktiviti sndirian.
Aku pun spt prempuan lain. Aku juga ingin dibelai dan dimanja. Apa guna
berkahwin kalau mcm ni. Berpuluh2 trip percutian kami pergi tapi tak de
apa pun yg membantu kami. Hanya habiskn masa utk anak. Suami depan mata
tp mcm tak ada. Kerja rumh kami bt sama2. Tp waktu utk bermesra intim
mmg tak ada . Ustaz tu pun dh bantu kami mcm2 cara tp ttap tak berkesan.
Tapi ustaz dan aku yakin suami aku yus bukan lah mati pucuk cuma dia
tak nak bersama dengan aku. Bila aku tanya dia kata dia sendiri tak tahu
jawapannya. Skrg aku sendiri buntu. Aku takut dgn apa yg terjadi kelak.
Untuk pembaca2 yg budiman. Janganlah kecam aku dengan kata aku ni tak
bersyukur ada suami baik rajin penyayang tapi tak hargai. Orang lain dpt
suami kaki pukul, nafkah zahir tak bagi dll. Korang tak duduk tempat
aku. Bayangkn kau sebagai isteri siang malam kau usaha pikat dia goda
dia tapi dia tak pandang pun usaha kau dan isteri mana tak sedih. Aku
tak minta byk Aku hnya minta doakanlah hubungan kami ni berakhir dgn
baik. Dan smoga apa yg terhijab antara kami terbuka. Sungguh aku dlm
dilema dan sedih.
Aku sendiri tercari2 dimana punca segalanya ni. Sekarang pun aku menaip dengan air mata jatuh. Aku tahu dia bukan sengaja dayus tapi sampai bila dia nak siksa emosi aku mcm ni. Tolong Doakan aku supaya sntiasa kuat dan terus kuat. Aku sndiri tak paham dgn apa yg terjadi. Allahu. 5 tahun dan aku masih menunggu saat kebenarannya. Tolong doakan aku untuk terus kuat tempuh dugaan. Sekian kisah benar dari aku. Lia, isteri yg menunggumu
via IIUM
Blogger Comment
Facebook Comment