loading...

Boleh Jadi, Inilah Punca Kenapa Wanita Pernah Jatuh Dalam Tangan Lelaki Yang Salah


Ada seorang wanita, dia telah berkahwin buat kali ketiga. Dua daripada perkahwinan sebelum ini berakhir dengan perceraian. Sejak perkahwinan pertama lagi dia telah berusaha untuk menjadi isteri terbaik tetapi gagal. Sebabnya kerana suami curang dan faktor kewangan. Perkara yang seakan serupa juga berlaku dalam perkahwinan kedua. Sekarang, dia sedang mengalami ‘cabaran’ dalam perkahwinan ketiganya ini. Dia bertanya adakah dia memang ditakdirkan gagal dalam perkahwinan kerana jatuh ke tangan lelaki yang salah?
Menarik soalan ini bukan? Saya percaya ramai yang segera membetulkan duduk untuk terus membaca. Ya, saya tidak nafikan faktor rupa paras merupakan papan iklan terbaik untuk lelaki dan perempuan saling mengenali. Kemudian, datang faktor kedua, faktor ketiga dan yang paling sukar iaitu faktor siapakah ‘dia’ yang sebenarnya.

Saya tidak kata seorang perempuan perlu menunggu kedatangan seorang lelaki yang sempurna untuk mencapai perkahwinan yang bahagia. Manakah ada lelaki begitu dalam dunia hari ini? Kalau ada pun besar kemungkinan sudah dimiliki orang lain. Ini bukan isu menunggu lelaki sempurna. Isunya di sini ialah kenapa anda jatuh ke tangan lelaki yang salah?. Mari kita lihat beberapa sebabnya.

Nilai Seorang Lelaki

Apakah yang anda faham tentang lelaki? Jika anda selalu menonton rancangan dokumentari anda tentu tahu apa itu Sindrom Lelaki Alfa.  Lelaki Alfa ialah lelaki yang keras, menakluki dan menguasai.
Tidak boleh dinafikan itu ialah sifat lelaki tulen dengan nama yang lebih sopan iaitu ‘pemimpin’. Anda memang mencari lelaki begitu tetapi ‘lelaki Alfa’ yang tegar tidak berminat untuk mengambil kira perasaan anda apabila telah menjadi isterinya.

Sebagai contoh, saya tidak kata semua tetapi ramai lelaki Alfa yang kaya-raya. Sudah tentu ramai perempuan yang memandang mereka. Untunglah siapa yang dapat. Tetapi jangan terlalu mengharap mereka terlalu mengutamakan perasaan anda.

Faktor kedua ialah bagaimanakah lelaki-lelaki yang anda kenali dalam persekitaran sebelum ini? Adakah 9 daripada 10 orang lelaki itu anda kata kurang kualiti? Jika begitu anda yakin telah tahu ‘rahsia’ untuk mengendalikan lelaki begini dalam rumah tangga. Ini membuatkan anda berani mengambil risiko untuk hidup bersama mereka. Jangan buat begitu. Jangan sesekali berfikir yang anda tahu rahsia mengendalikan lelaki begini. Saya boleh katakan yang sebenarnya anda tidak tahu apa-apa tentang mereka.

Saya dapat merasakan yang anda dilahirkan dalam keluarga yang baik. Ayah, abang dan adik beradik lelaki semuanya baik-baik belaka. Secara jujur adakah anda bersyukur atau bosan dengan keadaan ini? Namun sama sekali  tidak mengejutkan seorang gadis yang baru lepas dari kawalan keluarga bertindak secara luar biasa.

Lelaki ‘kolot’ seperti ayah memang membosankan, lalu dicari lelaki yang happy go lucky.  Akhirnya anda tidak memerlukan masa yang lama untuk menyedari lelaki itu tidak sedikit pun ragu-ragu membuatkan anda makan hati.

Satu lagi keadaan ialah perasaan sanggup berkorban yang terlalu tinggi pada wanita. Dia sanggup menerima seorang lelaki itu kerana kasihan. Dia sedar yang  itu bukan lelaki baik tetapi menerimanya dengan harapan untuk mengubahnya menjadi lebih baik. Tidak ada salah dengan niat itu. Cuma sejauh mana atau sekuat mana anda sanggup berusaha dan bertahan apabila datang cabarannya nanti? Tugas untuk mengubah dunia bukan untuk semua orang. Jangan tidak ada kerja, batu digalas.

Ramai orang berkata, terimalah orang yang menyukai kita. Betul! Tetapi adakah nilai  diri anda begitu rendah sehingga terpaksa menerima sesiapa sahaja? Ya, dia menyukai anda tetapi bagaimana jika orang itu terlalu pincang sebagai suami? Memasuki gerbang perkahwinan bukan seperti masuk berdua ke dalam panggung wayang. Habis cerita keluar dan boleh masuk lain kali untuk menonton kisah lain. Perkahwinan hanya mempunyai satu tiket masuk. Kita tidak tahu apa ceritanya nanti tetapi kitalah yang menjadi cerita di dalam panggung itu. Cerita bahagia anda berdua untuk selama-lamanya.

Baca di website
from info psikologi 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close