Mesti ramai yang perasan wajah isteri kepada Johan, Ozlyn Wati dilihat lebih putih dan cerah berbanding dulu.
Menurut Ozlyn, dia sendiri mengakui agak penat untuk menjawab persoalan tersebut.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram miliknya, dia menjelaskan wajahnya gelap sebelum ini kerana aktif dalam bidang sukan, pada zaman sekolah.
“Jujurnya, saya hanya mengambil makanan tambahan selain menggunakan produk pencuci muka jenama biasa.
“Dulu saya gelap kerana saya seorang yang aktif bersukan, lebih-lebih lagi sukan bola sepak. Kalau datang rumah, bersepah piala bola, semuanya saya punya.
“Saya juga seorang kapten hoki dan pelari pecut sekolah. Muka kalau tidak berpanau, tidak sah,” katanya.
Menurutnya lagi, kulitnya semakin putih kerana kurang aktif bersukan dan lebih kerap berada dirumah.
“Apabila kerap berehat (di rumah) dan tidak bekerja, kulit jadi lebih cerah. Tambah pula saya seorang yang suka minum air kosong. Cuma baru-baru ini saya sibuk dengan penggambaran drama, membuatkan wajah sedikit kusam,”
Jelasnya lagi, dia juga sangat berhati-hati dalam memilih jenis makanan yang diambil.
Kredit: Berita Harian
from HANASUVA http://ift.tt/2lQmvbq via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment