loading...

Inilah Tip Berpantang Selepas Bersalin Caesar Yana Samsudin Agar Tak Naik Badan!

Dengan aura pilihan untuk fokus padak keluarga, ternyata Norliana Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin,32, cukup bahagia di sisi suami tersayang, Fadzil Zahari dan anak lelakinya yang diberi nama Aisy Mateen, 7 bulan. Sedikit pun Yana tidak terkilan apabila menyepikan diri dalam bidang lakonan. Bukannya Yana tidak mendapat tawaran tetapi kasih kepada anak, membuatkannya terpaksa menolak dengan cara baik.
“Mungkin terlalu awal untuk kami kongsi tip kebahagiaan rumah tangga kami. Tapi apa yang kami amalkan kami memahami antara satu sama lain. Fadzil tahu sifat saya orang yang bagaimana, saya seorang yang lantang dan tegas. Saya lebih suka berterus terang dan memberitahu Fadzil apa yang saya rasa betul atau tidak.  

“Mungkin orang akan melihat saya ini ‘queen control’. Saya tidak kisah kerana kami terlebih dahulu berbincang dan memberitahu pendapat masing-masing, sebelum mengambil keputusan. Pengalaman dahulu mengajar saya untuk memberitahu apa yang saya tidak suka daripada berdiam diri. Ia menjadi semakin teruk akibat saya senyap sahaja.
“Itulah yang kami amalkan untuk mengelak daripada pertengkaran berlaku. Jika saya nampak salah, saya akan tegur Fadzil dan beritahu pendapat saya itu. Fadzil pula jenis orang yang sabar dan lebih banyak berdiam diri. Walau begitu diamnya itu, dia seorang yang akan berfikir betulkan tindakan yang diambil itu. Lebih tepat dia tetap ketua keluarga sebagai pemutus keputusan,” ujar Yana manis berlesung pipit.

Bagi menghangatkan ikatan kasih sayang ini mereka tidak menunggu ketika bercuti panjang. Ada sahaja masa berdua ketika bekerja bersama-sama mereka akan menyulam kasih sayang. Tentu sukar untuk pasangan ini mencuri masa berdua terutamanya Aisy Mateen tidak boleh berenggang walaupun sejam.

Pemakanan sunah rahsia sihat


Berkongsi rahsia kecantikan dirinya yang tetap ramping dan jelita walaupun baru melalui tempoh kelahiran, kata Yana, dia amat bersyukur bentuk tubuhnya cepat surut selepas bersalin.
1. Mungkin kerana amalan ketika mengandung dengan menjaga pemakanan yang diambil.
2. Diet hariannya tidak berubah cuma ditambah makanan berkhasiat dalam menu yang diambil.
3. Amalan pemakanan sunnah turut dijadikan menu wajib diambil semasa mengandung dan sampai sekarang. Antaranya dia mengambil madu kelulut dan buah kurma.
4. Makanan sunnah ini bukan sahaja bagus untuk bayi malah kesihatan diri.
5. Vitamin tambahan juga dapat menggantikan kekurangan gizi dalam menu seharian.
6. Bersalin secara pembedahan turut membantu Yana memiliki tubuh yang ramping. Ini kerana menurut bidan katanya dia tidak boleh makan terlalu banyak bimbang ia akan menolak perut dan memberi kesan kepada pembedahan.
7. Ini membuatkan Yana takut untuk makan banyak, cukup sekadar mengalas perut.

“Saya bersyukur didedahkan dengan Dr Norman. Produk ini tidak ada kesan merkuri dan boleh diambil ketika mengandung. Masalah kulit yang dihadapi oleh ibu hamil dapat diatasi. Saya amalkan pengambilan produk ini dan ia serasi,” ujarnya memaklumkan pemilihan sebagai duta menguatkan semangatnya berkongsi rahsia kecantikan kulit dengan menggunakan produk Dr Norman kepada peminat yang ingin tampil cantik.
Semoga Yana dan suami terus berjaya dalam bidang yang diusahakan. Semoga juga hasrat hati mereka untuk memiliki keluarga besar akan tercapai.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close