loading...

Lelaki sebat anak kekasih 62 kali dengan tali pinggang kerana curi charger telefon


TEXAS, AMERIKA SYARIKAT - Seorang lelaki ditahan kerana mendera anak teman wanitanya selepas rakaman videonya berbuat demikian tersebar di media sosial. 

Kordarell Williams, 27, menyebat mangsa yang berusia 7 tahun itu sebanyak 62 kali dengan tali pinggang di bahagian kepala, bahu dan kaki dalam rakaman berdurasi lima minit di utara barat Houston. 

Williams mengaku melakukan perbuatan itu kerana mangsa telah mencuri alat pengecas telefonnya, lapor Click 2 Houston. Namun menafikan dakwaan menyebat mangsa 62 kali, sebaliknya hanya 16 kali sahaja. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 5 petang, Khamis lalu di luar kereta Williams berhampiran kediamannya dan dirakam oleh saksi yang berada tidak jauh dar itempat kejadian. 


Dengan bantuan rakaman itu, polis mengesan suspek berpandukan nombor pendaftaran kereta tersebut yang membawa kepada penahanan suspek tiga jam selepas video tersebut viral di media sosial. 

Williams kini ditahan dan mangsa diserahkan kepada pusat perlindungan kanak-kanak untuk dijaga sementara waktu. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2llhqHw via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close